Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Lemang To’Ki, tetapi bagi penggemar menu tempatan lemang ini sememangnya pilihan ramai kerana rasanya yang berlemak dan teksturnya yang lembut dan padat.
Tidak hairanlah ada yang sanggup datang dari jauh ke Bentong, Pahang hanya kerana ingin membeli Lemang To’ki ini. Walaupun pernah mencetuskan berita kerana diarahkan tutup sementara oleh Kementerian dua tahun dahulu kerana gagal mematuhi aspek kesihatan tetapi pemilik restorannya kembali bangkit menjadi menu pilihan ramai. Baru-baru ini, beberapa netizen terkejut apabila sebuah helikopter dilihat mendarat berdekatan premis restoran itu. Dipercayai, penumpang helikopter itu adalah pelanggan kepada restoran lemang tersebut. ‘Dah terlampau kaya ke, beli lemang pun naik heli?’ seloroh netizen yang sempat merakam kedatangan helikopter tersebut. Beberapa orang lagi memberi komen bahawa helikopter itu pernah dilihat mendarat di situ beberapa kali. Ada yang berspekulasi mengatakan pemilik restoran pernah ditemu bual Astro dan memberitahu sering membawa tetamu datang dari jauh dengan helikopter untuk merasa lemang. Sebilangan lagi melaporkan mereka pernah melihat helikopter sama berdekatan sebuah restoran ikan patin yang popular. Walaupun ramai yang mempersoalkan tindakan itu satu pembaziran, ada juga yang menyokong dengan mengatakan pemiliknya pasti seorang yang berkemampuan dan wajar untuk menikmati kekayaannya. Adakah ini satu pembaziran bagi anda? Dan siapakah agaknya hartawan pemilik helikopter tersebut? - CARI
|
missDollie replied at 27-4-2019 09:56 AM
Perlu ke komen sikit2 menbazir..membazir level kau bukan sama dengan level orang have2..dah rezeki d ...
cahaya_almas replied at 27-4-2019 10:26 AM
Glemer betul kedai ni..tp mmg lemang dia sdp pun.....cuma skrg ari mggu beratur je selalu...i nk sin ...
Sang_Pencinta replied at 27-4-2019 10:35 AM
Betul ke sedap? tak try lagi jauh plak nak ke Bentong demi lemang
lee_sakura replied at 27-4-2019 10:58 AM
Aku pnh beli lemang tokki ni, rendang basi beb...mmg xkn beli lg la lps ni
ADVERTISEMENT