Warga emas berusia 68 tahun terkejut menemui mayat anaknya yang hampir reput di dalam bilik tidurnya, lapor Sinar Harian. Kejadian berlaku di Taman Seri Kota Pasir Pekan, Wakaf Bharu jam 3.30 petang semalam.
Lee Sai Mai yang baru pulang dari bercuti di Kuala Lumpur tidak menyangka akan menemukan anaknya, Ng Chee Siang, 47, dalam keadaan sedemikian. Difahamkan, perbualan menerusi telefon pada Jumaat lalu adalah kali terakhir dua beranak itu bercakap. Keesokannya, ibu mangsa cuba menghubungi anaknya tetapi tidak berjawab, kata Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud. Mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Tambah Ab Rashid, hasil pemeriksaan tidak mendapati sebarang kecederaan pada tubuh mangsa dan kematiannya tidak menunjukkan ada unsur jenayah. - CARI
|
prettyuglybabe: takziah..rapat-rapatnya rumah dorang..
cicicumel replied at 11-4-2019 04:55 PM
rumah teres kan mmg la rapat2
jetrofa replied at 11-4-2019 05:19 PM
agaknya baru nak surprisekan anak tu dgn ole2 t-shirt "I Love KL" tetiba dah mereput pula..sedih kan ...
prettyuglybabe replied at 11-4-2019 05:46 PM
bukan.. maksud i rapat tu tengok bumbung depan tu..sebaris hujung ke hujung..
tertutup abis dep ...
sfrnna replied at 12-4-2019 08:58 AM
Jiran x berbau ke sbb dah hampir reput.
prettyuglybabe replied at 11-4-2019 04:50 PM
takziah..
rapat-rapatnya rumah dorang..
ADVERTISEMENT