Kebanyakan hotel mempunyai fasiliti seperti tempat bersukan dan rekreasi untuk menarik lebih banyak pengunjung. Sebagai contoh, menyediakan kolam renang. Bukan hanya tempat untuk berenang, kebanyakan hotel juga mempunyai konsep kolam renang unik tersendiri. Sama seperti Hotel Terme Millepini di Itali yang menyediakan kolam renang paling dalam di dunia. Hotel empat bintang ini mempunyai kolam renang dengan kedalaman sehingga 42 meter, bersamaan dengan bangunan 14 tingkat. Malangnya, rekod itu akan dipecahkan oleh sebuah kolam renang yang terletak di Mszczonow, bahagian selatan ibu kota Poland, Warsaw.
1. Mempunyai kedalaman sehingga 46 meter Kolam renang bernama Deepspot ini dibina khas kepada "kaki selam" dari golongan baru mula belajar hinggalah kepada penyelam profesional. Dikatakan Deepspot akan diisi dengan 8,000 meter padu air, bersamaan dengan 27 kolam renang berukuran Olimpik. Deepspot diperkukuhkan oleh 1,100 tan keluli supaya struktur bangunan dapat bertahan. Bahkan untuk menarik ramai pelawat, terdapat terowong bawah air telus yang dapat menunjukkan aktiviti di dalam kolam renang. 2. Dirancang akan dibuka pada musim luruh tahun 2019 Berdasarkan maklumat dari laman web rasmi, Deepspot akan dibuka pada musim luruh atau sekitar September 2019. Bukan sahaja kolam renang, terdapat juga bilik persidangan, pusat kecergasan dan hotel. 3. Rekod Deepspot tidak akan bertahan lama Deepspot sememangnya dibina bertujuan untuk mengalahkan rekod kolam terdalam Y-40 Deep Joy di Motehrotto Terme, Itali. Malangnya, rekod itu tidak akan bertahan lama kerana sebuah kolam renang sedalam 50 meter di Colchester, England yang dikenali sebagai Blue Abyss bakal dijangka siap pada tahun 2020. Menurut pengasas Blue Abyss, John Vickers, kolam renang yang dirangka sejak September 2014 ini dijangka dapat melampaui batasan sedia ada, supaya dapat menjadi inspirasi di masa depan. Apa kata anda? - CARI |
Artemesiaa replied at 10-4-2019 02:34 PM
Sesuai untuk dijadikan kawasan latihan buat diver yang suka meneroka laut dalam
nono86 replied at 10-4-2019 06:12 PM
Wahhh.. Teringin nya.. Aku duk berangan menyelam dalam tu, tetibe aku rasa cuak dan tak cukup napas. ...
ADVERTISEMENT