CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pokok Bunga Raya Berbuah Seakan Rambutan

25-9-2013 03:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9071| Komen: 25

Description: Baling - Penduduk Sekitar Taman Sheikh Fadzir Terkejut Setelah Mendapati Pokok Bunga Raya Milik Seorang Penduduk Di Situ, Mengeluarkan Buah Seakan Rambutan.
BALING - Penduduk sekitar Taman Sheikh Fadzir terkejut setelah mendapati pokok bunga raya milik seorang penduduk di situ, mengeluarkan buah seakan rambutan.

Pemilik pokok, Siti Aminah Jusof, 47 berkata, pokok bunga raya itu memiliki tiga putik pelik seakan rambutan.

Menurutnya, kejadian itu disedari sejak sebulan lalu apabila menyangka terdapat pihak tertentu meletakkan rambutan di atas pokok bunga rayanya itu.

“Pada mulanya, saya ingat orang baling buah rambutan, saya pun cuba alihkan, tetapi, rupanya buah itu memang tumbuh dari pokok tersebut.

“Mula-mula sebiji, selepas beberapa minggu tumbuh lagi dua biji,” kata ibu enam anak ini.


Siti Aminah (kanan) bersama keluarganya melihat putik bunga raya itu yang seakan rambutan.

Menurutnya, penduduk yang melihat kejadian itu berasa aneh kerana mereka belum pernah lihat bunga raya mengeluarkan putik sedemikian rupa.

“Ramai yang ambil gambar, sebab mereka tak pernah tengok, ada juga yang minta, tapi saya tak bagi.

“Saya nak biar sampai buah seakan rambutan itu masak, kemudian saya nak tengok apa di dalamnya. Kalau isi rambutan, memang pelik,” katanya.

Ditanya mengenai benih bunga rayanya itu, Siti Aminah berkata, benih itu diperoleh daripada jirannya tiga tahun lalu.

“Benih bunga ini yang biasa, tak ada yang beza.

"Sebab itu saya hairan bagaimana bunga ini keluarkan putik seperti rambutan,” katanya.


Putik sekaan rambutan ini tumbuh dari pokok bunga raya.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kambeng_masam 25-9-2013 08:56 AM
pokok bunga raya tu main cross-species ke apa? agaknya ada pokok rambutan berdekatan yang pancutkan benih2 sporanya kena kat pokok hibiscus ni kot. subur betul pokok hibiscus nehhh. Last edited by kambeng_masam on 25-9-2013 03:57 AM

Quote tongkatwaran75 25-9-2013 09:04 AM
sume org pegang-pegang...
jadi terbantut tumbesarannya...

bunga raya pun bermutasi ker?
Quote redz85 25-9-2013 09:06 AM
mungkin pokok bunga tu curang.. berskandal dgn pokok buah
Quote gaara_X 25-9-2013 09:11 AM
molek laa....sambil berbunga sambil berbuah..jimat wooo
Quote cagOO 25-9-2013 09:15 AM
redz85 posted on 25-9-2013 09:06 AM
mungkin pokok bunga tu curang.. berskandal dgn pokok buah

... hebatnye imaginasi

Quote Mizlyn 25-9-2013 09:17 AM
pastu ambik gambar ramai2
Quote espri6006 25-9-2013 09:18 AM
Pokok Rambutan Raya
Quote iluma 25-9-2013 09:24 AM
the evolution of bunga raya
Quote ogata 25-9-2013 09:25 AM
mungkinkan sperm si rambutan tu misleading 100meter...
Quote shiro82 25-9-2013 09:30 AM
pokok bunga raya ngan pokok rambutan cross pollinate ni.....jadila baka ramburaya ..
Quote syanamir 25-9-2013 09:40 AM
eh, pokok ni kat rumah aku pun ada... keluar rambutan jugak...
nanti aku ambik gambar yer...

rugi aku tak hantar kat surat khabar, kalau tak dpt tumpang gelemer...
Quote yayah8989 25-9-2013 09:47 AM
skandal ngan buah pn bole mesti dh busan skandal ngan bunga jer
Quote jaa139 25-9-2013 09:51 AM
bukan berlaku kecacatan pada putik bunga yang belum mengembang ke?
Quote rospinki 25-9-2013 09:51 AM
ni panggil pemanian beradas ke apa?

takpun proses pengetutan jdila spisis baru ramaya
Quote prettyuglybabe 25-9-2013 10:10 AM
kalu ada orang tawar sejota agaknya makcik ni nak jual tak???
Quote sueism 25-9-2013 10:16 AM
tah tah depa dah pi kawin pokok moktan dengan pokok bunga raya
kalau pokok bungak raya tak ada nya nak berbuah moktan
Quote zameyla 25-9-2013 10:20 AM
redz85 posted on 25-9-2013 09:06 AM
mungkin pokok bunga tu curang.. berskandal dgn pokok buah

... lawak la..
Quote k_rul 25-9-2013 10:23 AM
Xpelik pun. Maybe sbb pokok rambutan tu menjadi parasit atau perumah kat pokok bunga raya..
Quote lavendernovella 25-9-2013 10:29 AM
harus rujuk ke pakar2 botani #UPM

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.072121 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top