KL, 24 SEPT 2013: Mula-mula Black kahwin, lepas tu giliran Fouziah Gous pulak, kemudian tak lama lagi produser filem penuh sensasi. Raja Azmi pulak bakal naik bernikah buat kali yang kedua bersama tunangnya, Eddie Ghazali yang juga pemain bass kumpulan CRK. Khabarnya, persiapan untuk majlis perkahwinan Raja Azmi sedang dibuat rancak. Daripada hantaran, bunga pahar, kad kahwin, goodie bag. untuk tetamu, pelamin hinggalah kepada baju perkahwinan, semuanya tengah dalam proses untuk direalisasikan. Bercakap pasal baju perkahwinan Raja Azmi, Murai Batu cuba-cubalah risik daripada orang yang terdekat, bagaimanakah rupa bentuk baju itu nanti. Wah! Nampaknya orang kuat Raja Azmi, betul-betul kunci mulut mereka dan tak mahu pecahkan rahsia. Tak suprise kata mereka. Namun, apa yang pasti, baju pengantin itu nanti pasti akan memukau mata semua orang yang memandang kerana ia dihasilkan mengikut citarasa, kemahuan serta kehendak Raja Azmi sendiri. Amboi! Ini yang membuatkan Murai Batu tak sabar-sabar nak tahu pasal baju pengantin Raja Azmi ni. Dengar macam vazz giler. Tapi, Murai Batu tak putus asa. Cuba risik-risik jugak. Akhirnya, Murai Batu dapatlah sedikit informasi. Baju pengantin tersebut dihasilkan menggunakan rona kegemaran Raja Azmi iaitu rose gold dan bakal dipenuhi labuci, manik-manik serta batu swarovski. Pendek kata ia bakal menyerlah ketrampilan Raja Azmi pada malam perkahwinanya itu nanti yang bakal berlangsung di Laman Istana Budaya pada pada 13 Oktober. Khabarnya lagi, keseluruhan baju pengantinnya itu bernilai RM30,000 dan telah dihasilkan sendiri oleh pereka fesyen Leslie varayan yang juga adalah pemilik butik variante. SUMBER MURAI
|
ADVERTISEMENT