Rakyat Nigeria memang pelik dan bukan biasa-biasa hinggakan Menteri Pertanian pun mengeluh melihat perangai mereka. Nak tahu kenapa? Rakyat Nigeria sanggup memesan piza dari London dan membayar kos penghantaran dengan menggunakan kapal terbang British Airways.
Menurut METRO, Menteri Pertanian yang risau dengan ekonomi Nigeria mengeluh kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan kos mengimport barangan daripada luar masuk ke Nigeria hasil daripada perangai mereka ini. Setiap tahun, Nigeria memerlukan sekurang-kurangnya 18 juta dolar untuk mengimport pencungkil gigi dan 400 juta dolar bagi pati tomato. Sedangkan jika mereka membeli tomato di Nigeria, harga buah tomato sebakul penuh tidak sampai 2 dolar! Ada juga kilang yang terpaksa ditutup dek kerana tidak mampu membuat pusingan modal. Oleh itu, melalui inisiatif daripada kerajaan, mereka telah membina dua kilang tomato bagi memproses tomato supaya rakyat negara itu tidak perlu mengimport patinya dari luar.
Memang patutpun ianya menjadi isu membimbangkan. Jika amalan ini tidak dibendung, Nigeria mungkin akan mengalami kemelesatan ekonomi dalam masa terdekat. Yang peliknya, lain sangat ke rasa piza London dengan piza di Nigeria? - CARI
|
skulzzz replied at 10-4-2019 11:22 AM
Nigeria ni negara kaya ke?
merrissa replied at 10-4-2019 11:27 AM
weh ada kawan aku dari nigeria...dia self-sponsor...saja menyibuk taya...mcm mn dia dpt duit bljr ...
ruffboyz replied at 10-4-2019 11:38 AM
apa bezanya..rakyat negara kita pon byk shopping online dari china..
bettyboops: Edited by bettyboops at 10-4-2019 11:54 AM adik i pernah jadi PS untuk Nigerian n Sudanese time dia study dulu.. after graduate university, diorang ...
ADVERTISEMENT