Festival Filem Malaysia (FFM) ke - 30 telah pun berlangsung dengan jayanya. Menurut penonton, terdapat perkembangan positif dalam peng- anugerahan kali ini yang dilihat lebih berprestij dan gah berbanding sebelum ini.
Namun, terdapat desas - desus mengenai penampilan istimewa untuk slot penyampaian trofi melibatkan Fazura dan suaminya, Fattah Amin.
Menurut sumber, Fattah dan Fazura mendapat undangan rasmi sebagai penyampai trofi pada FFM kali ini, khususnya pada malam kemuncak anugerah tersebut. Mengikut perancangan, mereka berdua sepatutnya tampil dalam slot berasingan namun sebaliknya yang berlaku. Dakwa Fazura,ketika menunggu giliran, mereka didatangi oleh krew produksi untuk bersama-sama memberi trofi anugerah kepada pemenang.
Mereka berdua juga dimaklumkan bahawa penampilan khas tersebut merupakan elemen kejutan dalam majlis anugerah tersebut. Berikutan itu, pelakon dan penyanyi itu telah menerima mesej kiriman ringkas melalui Whatsapp daripada Datuk Hans Isaac. Fazura menjelaskan bahawa Datuk Hans meluahkan rasa kekecewaan atas apa berlaku, dan mendakwa itu merupakan 'permintaan' daripada Fazura untuk bergandingan dengan suami kesayangannya. Datuk Hans Isaac juga menyifatkan Fazura membuat keputusan sendiri dan tidak menghormati artis lain yang layak naik ke pentas. Memburukkan lagi keadaan apabila terdapat sebuah blog yang melaporkan kononnya Fazura mengenakan syarat kepada penganjur iaitu hanya akan menyampaikan trofi jika ditemani Fattah. Menurut Fazura, tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan hanya salah faham. Dia juga mengatakan perkara ini perlu dijelaskan kerana sudah tular dan memberi imej yang tidak baik kepadanya dan suami.
|
scrocth replied at 2-4-2019 12:30 PM
Heran kalau betul dakwaan hans selaku committee member utk ffm 30 ni kenapa xsound siang2 kt backst ...
CardiGans85 replied at 2-4-2019 12:31 PM
Akh side fattzura bab ni. Lgpun Ffm bkn dorg punya klu tak di arahkan oleh production crew.
zidane2011: Cm pelik je si faz tu kan dh lama dlm industri. Jarang pulak dgr citer dia mendiva demand itu ini. May be miscomm kot.Tokhans ngn kakafaz dulu bukan k ...
rainbowrainz replied at 2-4-2019 05:30 PM
Iols pulak yg risau dgn rambut faz ni yg makin nipis...pls do something faz...
Themilo replied at 3-4-2019 02:16 AM
like berhijab kah sisthur?
ADVERTISEMENT