CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 9805|Reply: 21

Fattah Dan Fazura 'Dikecam' Datuk Hans Isaac, Gara-Gara Penampilan Istimewa Di F

[Copy link]
Post time 2-4-2019 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Festival Filem Malaysia (FFM) ke - 30 telah pun berlangsung dengan jayanya. Menurut penonton, terdapat perkembangan positif dalam peng- anugerahan kali ini yang dilihat lebih berprestij dan gah berbanding sebelum ini.

Namun, terdapat desas - desus mengenai penampilan istimewa untuk slot penyampaian trofi melibatkan Fazura dan suaminya, Fattah Amin.

Foto: IG



Menurut sumber, Fattah dan Fazura mendapat undangan rasmi sebagai penyampai trofi pada FFM kali ini, khususnya pada malam kemuncak anugerah tersebut.


Mengikut perancangan, mereka berdua sepatutnya tampil dalam slot berasingan namun sebaliknya yang berlaku. Dakwa Fazura,ketika menunggu giliran, mereka didatangi oleh krew produksi untuk bersama-sama memberi trofi anugerah kepada pemenang.


Mereka berdua juga dimaklumkan bahawa penampilan khas tersebut merupakan elemen kejutan dalam majlis anugerah tersebut.




Berikutan itu, pelakon dan penyanyi itu telah menerima mesej kiriman ringkas melalui Whatsapp daripada Datuk Hans Isaac. Fazura menjelaskan bahawa Datuk Hans meluahkan rasa kekecewaan atas apa berlaku, dan mendakwa itu merupakan 'permintaan' daripada Fazura untuk bergandingan dengan suami kesayangannya.


Datuk Hans Isaac juga menyifatkan Fazura membuat keputusan sendiri dan tidak menghormati artis lain yang layak naik ke pentas.





Memburukkan lagi keadaan apabila terdapat sebuah blog yang melaporkan kononnya Fazura mengenakan syarat kepada penganjur iaitu hanya akan menyampaikan trofi jika ditemani Fattah.


Menurut Fazura, tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan hanya salah faham. Dia juga mengatakan perkara ini perlu dijelaskan kerana sudah tular dan memberi imej yang tidak baik kepadanya dan suami.


  



Sehubungan itu, Fazura telah meminta Hans untuk memohon maaf kepada mereka berdua dengan tujuan membersihkan namanya daripada tuduhan yang bersifat melulu itu.


Datuk Hans juga ada menyebut mengenai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Fazura telah menyerahkan perkara ini kepada Datuk Hans untuk diselesaikan dan memohon permohonan maaf daripada pihaknya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Heran  kalau betul dakwaan hans selaku committee member utk ffm 30 ni kenapa xsound siang2 kt backstage padahal hans dan fattzura mmg dh ada kt backstage? Kalau betul xbagi faz bawak fattah sbb xpnh menang ffm sblm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Akh side fattzura bab ni. Lgpun Ffm bkn dorg punya klu tak di arahkan oleh production crew.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
scrocth replied at 2-4-2019 12:30 PM
Heran  kalau betul dakwaan hans selaku committee member utk ffm 30 ni kenapa xsound siang2 kt backst ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
CardiGans85 replied at 2-4-2019 12:31 PM
Akh side fattzura bab ni. Lgpun Ffm bkn dorg punya klu tak di arahkan oleh production crew.

Faz pun berkejaran dr event fgn fazbulous kot ptg tu. Pukul 6 pn still terkejar2 nk bsiap untuk ke ffm. Meols rs ada kesilapan dr pihak kru produksi sbb mcm ada presenter yg telah diumumkan awal pn xhadir mcm erma fatima dan aziz m osman. Ning pun dijadualkan perform pn smp ke sudah xda btg hidung
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Motip benang dah ada pergi buka lagi benang lain?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2019 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cm pelik je si faz tu kan dh lama dlm industri. Jarang pulak dgr citer dia mendiva demand itu ini. May be miscomm kot.

Tokhans ngn kakafaz dulu bukan kamceng ke? Sejak bila berseteru ni? muka hans tu x bleh blah
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Musyikil... apakah pelakon vateran dh rsa kegugatan dgn pelakon2 bbnu? {:shy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2019 01:08 PM | Show all posts

TTTTT oiii membacaaa amalannn muliaaa...kan da ade benangg nyeee...bp bnykkk nk bukakkk oiiii...


https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
apasal plak ni butthurt much kah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane2011: Cm pelik je si faz tu kan dh lama dlm industri. Jarang pulak dgr citer dia mendiva demand itu ini. May be miscomm kot.Tokhans ngn kakafaz dulu bukan k ...


Lopa - Elaine Daly - Hans - Fazura - Fattah.

Please connect the dot..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 04:06 PM | Show all posts
menatang ni pon nk di hencapp ke uollss..
biar je la.. dh berlalu pun kn,
yg nk timbul isunye skrg utk ape?
mencapabb ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 04:24 PM | Show all posts
berapa byk benang da... berapa byk nk kena komen ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju pesyen apa tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
teruklah Hans ni tak sporting langsung..Badul dgn laki Nabila bawak anak bagai ko tak merempan lak
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pulak yg risau dgn rambut faz ni yg makin nipis...pls do something faz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 01:44 AM | Show all posts
Wow! Ni tok Han yg komplen ke bff katik dia yg tak puas  hati
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 10:16 AM | Show all posts
rainbowrainz replied at 2-4-2019 05:30 PM
Iols pulak yg risau dgn rambut faz ni yg makin nipis...pls do something faz...

like berhijab kah sisthur?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 3-4-2019 02:16 AM
like berhijab kah sisthur?

Pakailah tonic bg rambut lebat x gittew...makin menipis iols tgk...org india rambut semua lebat2...apa drg pakai ye..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
{:question.         
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.164262 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list