Bayi lelaki lima bulan ditemui mati di taska Gambar hiasan
PUTRAJAYA 24 Sept. - Seorang bayi lelaki, Mohd Danish Rayqal berusia lima bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan di sini hari ini. Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira pukul 3 petang. Bapa bayi itu, Ismail Ramli, 28, yang menghubungi Bernama berkata, beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu. " Pihak taska telah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya telah disahkan meninggal dunia," katanya. Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan siasatan. - BERNAMA
|
totokreturn posted on 24-9-2013 09:22 PM
Kerap sngt dah baby mati musti taska putrajaya, padahal putrajaya bukan banyak sangat taska pun...
Suchi posted on 24-9-2013 09:44 PM
sapa kabo tak banyak?byk lah weh
ummah putrajaya bapak lah ramai nya
harus taska pun tumbuh mcm ...
ADVERTISEMENT