Kos sambutan raya rumah PM RM2.88 juta RM2.88 juta - ini kosnya bagi menjamu 80,000 tetamu yang melawat kediaman perdana menteri semasa sambutan rumah terbuka hari raya Aidilfitri, Parlimen diberitahu hari ini. Dalam jawapan bertulis, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim juga mendedahkan, katerer Kuzie Catering telah menyediakan makanan untuk tetamu dengan kos RM36 seorang. Anggota Parlimen Seremban Anthoney Loke yang bertanya soalan itu kemudian berkata beliau tidak dapat memberikan komen yang adil kerana tidak tahu sama ada jumlah itu berbaloi atau tidak. "Bagaimanapun, saya mahu umumkan angka yang saya peroleh ini, jadi rakyat, terutama yang berkunjung ke rumah perdana menteri dan isterinya, sebelum makan, mereka tahu sama ada RM36 itu berbaloi atau tidak," katanya.
|
TanSriJess posted on 24-9-2013 04:21 PM
kalo ngan totok...bn bagi rm15 satu kepala pun... esknya dia akn g cium tangan najib
tintabiru73 posted on 24-9-2013 04:29 PM
Soalan ke-2: Pemilihan katerer ni ikut Direct Nego atau Sebutharga?
ADVERTISEMENT