Seorang budak lelaki berusia 10 tahun mati bunuh diri selepas tidak tahan dibuli oleh rakan di sekolahnya. Kevin Reese, Jr. gantung dirinya dalam almari selepas berkali-kali dibuli di Robinson Elementary School di Texas.
Ibunya, Crystal Smith memberitahu yang pernah satu hari Kevin balik sekolah menangis kerana ditumbuk banyak kali semasa waktu rehat. New York Post melaporkan, pembuli-pembuli itu turut menulis di tablet anaknya, "Bunuh diri kamu,kamu tak layak berada di sini". Selepas mendapati anaknya dibuli, Smith ada pergi membuat laporan di sekolah. Bagaimanapun pihak sekolah menyatakan tiada bukti berlakunya kejadian buli di situ.
Mayat mangsa dijumpai oleh kakaknya, Crystal, 13 semasa ketiadaan ibu dan bapa tirinya di rumah. Dalam masa yang sama Crystal meminta ibu bapa di luar sana supaya memberi perhatian lebih kepada anak-anak. "Jangan ingat segalanya terkawal di sekolah. Berhati-hati." -CARI
|
Bagaimanapun pihak sekolah menyatakan tiada bukti berlakunya kejadian buli di situ.
dua_chzy: Sebab itu akak ajar anak2 akak, if hada yang tumbuk depa, tumbuk je balik. Ko ingat bebudak akan setop membuli if ko acah baik tak melawan?
onexox97 replied at 29-3-2019 06:12 PM
Kasihannya
Kecik kecik lagi dah stres
dua_chzy replied at 29-3-2019 06:15 PM
Sebab itu akak ajar anak2 akak, if hada yang tumbuk depa, tumbuk je balik. Ko ingat bebudak akan set ...
Sazida replied at 29-3-2019 07:06 PM
Rest in peace dik. Comel je budaknya.
Buritan replied at 29-3-2019 10:09 PM
Comell.. dik belajo je laa kat sana.. semua org sayang dik kat sana
Sharifah180175 replied at 29-3-2019 09:24 PM
Bagaimana if org buli di. Opis kita diamkan saja. Mean mls nk ckp byak. Tpi makin diam makin bully ...
ADVERTISEMENT