Heliza Helmi sangat sinonim dengan perjuangannya dalam misi bantuan kemanusia di negara-negara bergolak. Kata penyanyi ini setiap kali menyertai misi tersebut dia sentiasa mengingatkan dirinya bahawa peluang untuk kembali semula ke tanah air dalam keadaan bernyawa adalah tipis.
"Setiap kali berada di sana, saya mengimpikan mati syahid malah saya pernah berhadapan dengan selaras senapang yang berada di bawah dagu. "Saya berdoa ya Allah ambillah nyawaku. Wahai jiwa-jiwa yang tenang, pergilah mengadap Tuhanmu dalam keadaan kau reda dan diredai," katanya kepada Astro Awani.
Bagaimanapun kenyataan ini telah mendapat rekasi negatif dari beberapa belah pihak. Katanya niat Heliza sebenarnya salah kerana seperti menempah maut ke sana. Bagaimanapun ramai lagi menyokong niat Heliza Helmi dan sebenarnya apa yang diimpikan adalah impian setiap umat Islam untuk meninggal dalam keadaan husnul khotimah. Apa pendapat anda? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|