Kumpulan vokal wanita Nama dan pelajar, Yaashwin Sarawanan yang juga dikenali sebagai Manusia Kalkulator bakal mewakili Malaysia ke pertandingan akhir Asia's Got Talent Musim Ketiga apabila masing-masing memberikan persembahan yang memukau pada pertandingan separuh akhir minggu ini.
Memetik berita The Star, seorang ahli kumpulan Nama, Nur Fazrina Mohd Ani, 28 berkata mereka tidak menjangka akan berjaya ke final. Dalam episod separuh akhir yang ditayangkan malam tadi, kumpulan itu manjadi Pilihan Juri dan secara automatik layak ke final atas keputusan juri David Foster, Anggun dan Jay Park.
Anggota kumpulan Nama yang terdiri daripada Nur Fazrina; Noor Syamimi Makhetar, 24; Nor-fazira Malik, 24; and Nur Farahida Dolhadi, 24 mula berkenalan ketika menyertai festival seni di Universiti Malaya lalu menubuhkan kumpuan mereka pada tahun 2017. Mereka kini dikatakan gigih berlatih empat hingga lima kali seminggu untuk persembahan akhir bagi merebut wang kemenangan bernilai US$100,000 (RM407,500). Menurut mereka, jika menang mereka akan menggunakan wang itu untuk mengeluarkan sebuah single dan seterusnya album. Kemenangan Nama amat manis berikutan banyak komen netizen dalam persembahan mereka semasa peringkat ujibakat. Mereka dikritik kerana dikatakan mempunyai harmoni suara yang tidak mantap dan pakaian yang terlalu kasual 'seperti makcik kantin ke kelas zumba'. Bagaimanapun, persembahan mereka kali ini memukau ramai. 'Tahniah NAMA... Aku mmg suka yg semi finals banyak improve... Dan pemilihan pakaian lebih kemas cantik style banding ujibakat yg ala2 mcm senam robik haha... Gud luck final nnti perbaiki lagi dan buat lagi baik persembahan nnti... Dh sampai final pun dh cukup membanggakan rakyat Malaysia' kata seorang netized di Youtube. Seorang lagi berkata beliau merasa menyesal kerana salah menilai kumpulan itu dahulu ketika persembahan ujibakat. 'Wow I totally misjudged them. With a stylist, a good song choice (not great, but better than first auditions) and a changed choreography style they improved so much from their zumba-esque performance. I'm glad Jay & Anggun passed them' kata seorang lagi. Bagaimanapun, peminat berharap kumpulan Nama akan terus berusaha dan mengambil positif komen David Foster supaya berjaya di peringkat akhir. Tidak ketinggalan, salah seorang ahli kumpulan itu , Nur Farahida Dolhadi mengucapkan terima kasih kepada sokongan peminat mereka di ruangan komen. Semoga berjaya diucapkan kepada kumpulan NAMA! - CARI
|
ADVERTISEMENT