Siapa sangka tiba-tiba bukan puluhan malahan ratusan perkhidmatan makanan online, Grab dan GOJEK tiba di rumah pada waktu malam. Itu yang berlaku kepada seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Desa Cemani, Jawa Tengah bila didatangi penghantar makanan itu di rumahnya pada malam Isnin lalu.
Ia sekaligus mengejutkan keluarga remaja berkenaan. "Saya baru tahu kesemua mereka datang ke rumah kami kerana pesanan Go-Food yang dilakukan oleh anak saya," ujar bapa remaja itu. Difahamkan lagi, remaja itu telah memesan makanan secara online sebanyak 185 kali. Situasi menjadi tegang dan panas apabila penghantar makanan meminta remaja itu bertanggungjawab dan membayar kesemua makanan Go-Food yang telah dipesan.
Remaja itu dikatakan telah melakukan perbuatan itu selama hampur tiga minggu. Susulan itu, telefon bimbitnya telah dirampas pihak berkuasa dan kes itu dilaporkan sudah selesai. - CARI
|
Sang_Pencinta replied at 28-3-2019 12:08 PM
Jadi apa kesudahan kepada penjual Go-Food tu? kena bayar jugak ke?
Tergantung berita ni
archilless replied at 28-3-2019 04:28 PM
Mana ada budak ni bayar.. Org gojek tu la yg tanggung masa dia tipu order tu.. Kalau x silap dia buk ...
exclusive_vvip replied at 29-3-2019 09:40 AM
Btol....selama 3 minggu ni dia buat pesanan tapi bg alamat org lain termasuk jiran2...guna hp bap ...
ADVERTISEMENT