1. Nelydia Senrose Nelydia bakal berkahwin awal bulan April, menurut info dia telah bertunang dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Hafiz. Nelydia mencetuskan kontroversi apabila sambutan Bridal Shower yang diadakan itu dikecam netizen kerana terlalu ikut budaya barat. Tidak lama kemudian, muncul pula Bachelorette Party. Di dalam majlis Bachelorette itu mereka hidangkan kek berbentuk kemaluan wanita. Dengan berpakaikan seksi mereka menari bersama rakan artis yang lain tanpa rasa malu dan memuat naik video tersebut di laman instagram.
2. Rozita Che Wan Isu saman Rozita Che Wan terhadap bekas pemandunya belum selesai sehingga ke hari ini. Untuk pengetahuan semua, bekas pemandunya itu telah memuat naik status di laman facebook kerana dia tidak dibayar gaji oleh majikannya itu. Dengan kuasa viral, isu tersebut mendapat perhatian netizen, akibatnya Rozita Che Wan 'berperang' dengan bekas pemandunya dan akhirnya Rozita Che Wan setuju untuk membayar gaji pemandunya itu sebanyak RM2,000. Tidak habis di situ, Rozita Che Wan mengugut akan menyaman bekas pemandunya itu kerana telah memalukan dia sekeluarga. Dan kes mereka sekarang dalam tangan pihak peguam Rozita untuk proses ke mahkahmah. 3. Bella Astillah Sehingga ke hari ini isu rumah tangga yang tersebar di seluruh Malaysia antara Bella dan Aliff belum lagi selesai. Perkara ini didedahkan oleh isteri Aliff sendiri di laman instagram. Akibatnya Aliff Aziz diserang netizen kerana sudah dua kali dia 'kantoi' curang oleh Bella. Namun sampai sekarang masih belum ada kata putus dari kedua pihak. Bella Astillah nampaknya masih mahu bersama dengan suaminya itu, dia tidak sanggup berpisah dengan Aliff Aziz sehinggakan ramai netizen muak dengan drama rumah tangga mereka berdua. 4. Awi Rafael Awi Rafael dan Atikah Suhaimi mencetus kontroversi apabila majlis pernikahan yang bakal berlangsung dalam tempoh tiga hari lagi dibatalkan kerana perselisihan faham antara keluarga pihak lelaki dan perempuan. Awi Rafael terpaksa redha dengan keputusan itu dan dia juga telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa niatnya adalah untuk membimbing Atikah Suhaimi dan menutup aibnya. Namun kerana tiada jodoh hubungan mereka kini tinggal kenangan. Dan baru-baru ini Atikah Suhaimi mencetus kontroversi lagi apabila dia memuatnaik gambar tanpa pakaian di tepi pantai. Netizen dengan rasa marah telah mengecam foto itu dan setuju dengan tindakan Awi untuk memutuskan pertunangan mereka. 5. Sharnaaz Ahmad Sudah menjadi trend artis memuat naik masalah rumah tangga di laman sosial. Sharnaaz Ahmad dan isterinya Bella kini dilanda masalah rumah tangga. Mereka berdua saling memuatnaik status pergolakan rumah tangga di laman instagram masing-masing. Netizen tampil mendoakan agar rumah tangga mereka akan tetap teguh dan ada juga yang mengecam kerana menganggap itu adalah balasan terhadap Sharnaaz yang lantang bersuara di laman sosial. Sehingga ke hari ini belum ada berita lanjut tentang isu rumah tangga mereka. |
marchikobonzo: Tolong jangan mintak si sohai tu..nightmare nanti tengok sijongos tu
ADVERTISEMENT