Rotan, tendang dan memaksanya makan nasi dengan gula menggunakan corong dan makan muntahnya sendiri, antara tindakan kejam yang dilakukan oleh pasangan suami isteri dari Singapura kepada pembantu rumah mereka.
Ada masanya, mangsa yang dikenali sebahai Moe Moe Than, 32 dari Myanmar terpaksa melakukan kerja dengan hanya memakai coli dan seluar dalam. Straits Times melaporkan, dia juga diugut keluarganya akan dibunuh sekiranya berani membuat laporan. Isnin lepas, bekas majikannya, Chia Yun Ling, 43 yang merupakan seorang pengurus jualan kanan dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan 11 bulan serta denda S$4000 (RM 12019) selain diperintah membayar pamapasan S$6500 (RM 19532 kepada Than.
Turut dijatuhkan hukuman adalah suaminya, Tay Wee Kiat, 41 bekas pengurus IT penjara dua tahun dan membayar ganti rugi S$3000 (RM9014). Yun Ling juga disabitkan tiuduhan melakukan lapan serangan dan satu pertuduhan menggunakan kata-kata kesat terhadap mangsa. Dia memaksa pembantu rumah melakukan tugas dengan cara yang tidak sesuai dan gagal memberi makanan yang mencukupi. Difahamkan mangsa mula bekerja di rumah pasangan tersebut pada Januari 2012. Selain itu mangsa juga dihadkan menggunakan tandas, hanya tiga kali sehari. Mangsa juga dirotan di punggungnya. Perkara tersebut terbongkar selepas mangsa pulang ke Yangon pada 12 November 2012 dan memberitahu ejennya di Myanmar. -CARI |
ADVERTISEMENT