Anne Ngasri Mahu Bangunkan Bangsa Melayu Anne Ngasri Dilantik Sebagai Ketua Puteri Umno Caw.Dataran Merdeka Pelakon Anne Ngasri melahirkan rasa gembira dan bersyukur apabila dilantik menjadi Ketua Puteri UMNO cawangan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 7 September lalu. Walaupun masih belum sempat berkhidmat kerana masih dalam cuti berpantang, Anne mengakui berkobar-kobar untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya itu. “Ia merupakan satu penghormatan apabila diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab ini. Walaupun masih belum sempat berkhidmat memandangkan saya dipilih dua hari sebelum saya bersalin, namun InsyaAllah saya akan melakukan yang terbaik untuk cawangan ini,” ujar Anne ketika dihubungi GUA baru-baru ini. “Tidak dinafikan ada juga peminat yang terkejut dengan perlantikan saya ini, namun mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya saya sudah lama terlibat dengan Puteri cawangan Dataran Merdeka. Saya sudah mula aktif dalam bidang politik selama lima tahun dan perlantikan saya adalah bagi menggantikan tempat kakak saya, Darling yang sebelum ini menggalas jawatan tersebut.” Perlantikan Anne itu turut mengundang spekulasi kononnya perlantikan ibu kepada empat orang anak ini dibuat atas kerana ihsan kakaknya yang merupakan mantan jawatan tersebut, selain suaminya Mohd Sumali Reduan yang turut menyandang jawatan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO. “Memang kakak saya mantan jawatan ini, tapi saya dipilih atas sokongan sebulat suara dari ahli-ahli Puteri cawangan Dataran Merdeka. Suami saya pula berperanan untuk membantu saya dalam kerjaya politik dan dia tiada kena-mengena dengan perlantikan saya ini. Lagipun, jadi ketua atau tidak, bagi saya tidak ada beza apapun kerana perjuangan kami dalam Umno adalah sama, iaitu untuk menaikkan bangsa Melayu. Saya tak rasa bila dilantik menjadi ketua, bermakna saya bagus atau tidak. Apa yang penting, saya bersama yang lain akan bersatu untuk memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini,” ujar Anne mengakhiri perbualan.
|
gigi00 posted on 23-9-2013 06:47 PM
Politik plak dahhhh....
All the best la anne... still nampak anne blakon cili padi... hehe comel!
tapibukanaku posted on 23-9-2013 06:53 PM
lembu import ke lembu kat kampung?
ayu_malaya posted on 23-9-2013 06:58 PM
Lembu import laa to justify modal besar. Pastu kena wat site visit sbb nak pilih baka lembu terbae ...
tapibukanaku posted on 23-9-2013 07:00 PM
uols ni ketua puteri mana pulakk?
tapibukanaku posted on 23-9-2013 07:05 PM
uols pergi kenduri mana itu hari?
ada 4 kenduri tau kat sana..
ayu_malaya posted on 23-9-2013 07:07 PM
Takleh bgtau. Nt ada org ckp kita pilih kasih lak. Muahahaha
tapibukanaku posted on 23-9-2013 07:08 PM
mesti uols pegi kat kenduri yg ada 8K datang kan
AdamBillionaire posted on 23-9-2013 07:13 PM
tak pasti plak, tp lembu tu rambut dia ada jambul, pakai tudung, bibir terjuih badan mcm kak ...
Rynaf posted on 23-9-2013 07:18 PM
aku x percaya kalo dia kata xde kaitan dgn kakak dia & suami dia sampai boleh terpilih...paham2 je l ...
coconico posted on 23-9-2013 07:19 PM
Atas dasar apa dia terpilih? Berkarisma sebagai pemimpin? Cerdik? Tegas? Berwawasan? Sebab dia artis ...
ADVERTISEMENT