CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Dia Dipukul, Ditendang, Ditampar" - Anak Dibuli Hingga Pinggang Cedera, Ani Mayuni Buat Laporan Polis

13-3-2019 03:01 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15565| Komen: 68|Original author: Oleh: Azza

Lama tidak mendengar perkhabaran penyanyi dangdut, Ani Mayuni, 41 namun tiba-tiba kecoh mengenai cerita buli. Rupa-rupanya bukan Ani yang dibuli, tetapi anaknya, Wirda Viviana Zairi, 14 di asrama sebuah sekolah di Titiwangsa pada 28 Februari yang lalu.


Menurut Harian Metro Ani memberitahu mulut anaknya ditutup dengan kain kemudian disepak dan diterajang oleh beberapa pelajar senior menyebabkan badan Wirda lebam-lebam.


Kejadian buli itu menyebabkan anaknya menjadi pendiam, namun masih belum memberitahu perkara sebenar kepadanya. 

Sehinggalah pada 3 Mac, Ani dibenarkan oleh pihak asrama membawa anaknya keluar untuk mendobi. Anaknya lebih banyak mendiamkan diri tetapi setelah dipujuk, akhirnya terbongkar bahawa ada senior yang membulinya.




"Lapan senior Wirda ingin mengetahui kenapa ibu dan bapa saudaranya datang ke sekolah. Pada mulanya Wirda enggan bercerita namun setelah diugut akan dipukul, akhirnya Wirda menceritakan juga. Tapi mereka seperti tidak puas hati lalu menendang serta memukul pinggang anak saya, menampar muka dan memukul dada," jelas Ani yang tidak dapat menahan perasaan sebak di hati.

Hati Ani sendiri luluh apabila melihat lebam-lebam di badan anaknya lalu mengambil keputusan membuat laporan polis.

"Saya sudah buat laporan di Balai Polis Setapak dan juga mengambil rekod kesihatan di hospital. Doktor mengesahkan yang anak saya dipukul dengan kesam lebam di bahagian tubuh serta pinggang," ujarnya lagi.


Lebih menyedihkan, Ani menjelaskan bahawa Wirda dibuli sejak tingkatan 1 lagi tapi tidak seteruk ini. Jadi, kali ini dia bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa supaya nasib anaknya terbela.

Aduh! Kasihan. Buli bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar lelaki tetapi juga pelajar perempuan. Moga Ani berjaya mereka yang membuli itu ke muka pengadilan. -  CARI

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • edmorita79

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklong32 13-3-2019 03:21 PM
aku mmg geram btol dgn budak2 kaki buli ni tau
ko mmg g skolah utk membuli je ke apa
Quote GigaMom 13-3-2019 03:26 PM
Kasihan bdk mangsa buli
Ai x pena jadi mangsa buli
Tapi mungkin oena membuli emosi rakan2 sebaya dulu.
Dh minta maaf dh setelah dewasa2 ni..

Doa sgt2 benda ni x jadi kat anak...
Quote az20 13-3-2019 03:27 PM
budak2 zaman skng berani betul..g sek mmg nak mebuli je ke ape
Quote Jorja 13-3-2019 03:30 PM
Paling kasihan kalau anak Tu dah dibuli Di sekolah tapi parents buat tak peduli
Quote EvieWanKenobi 13-3-2019 03:32 PM
harap sekolah ambil tindakan..
Quote chinta89 13-3-2019 03:39 PM
iols baca kat ig dia so cpt2 dtg buka forum..
Quote umbut 13-3-2019 03:39 PM
Aku pernah dok asrama. Pompuan.puaka celaka ni jenis buli mulut jerit tengking2. Xda sampai pukul. Ni advance. Skrg kalau jumpa senior celaka tu cam nak ludah.. phuiii
Quote fifie_olin 13-3-2019 03:43 PM
kita kena berani
jgn smpi org pijak kepala
Quote chempaka.ayu 13-3-2019 03:45 PM
Apa nak jadi dgn budak zaman sekarang? Muda lagi dah pangai samseng membuli. Perempuan pulak tu. Habis sekolah besok nak jadi apa dik? Sampah masyarakat ke cane?
Quote jelitayu 13-3-2019 03:49 PM
melampau2 pulak budak2 pompuan ni membuli....elok di viralkan siapa2 org nya biar kena cyber bully  pulak...baru ada akal. Boarding school pulak tu....sekolah mana lah ni...pihak sekolah kena ambil tindakan tegas...jangan nak diam2 kan aje...
Quote noor2 13-3-2019 03:51 PM
umbut replied at 13-3-2019 03:39 PM
Aku pernah dok asrama. Pompuan.puaka celaka ni jenis buli mulut jerit tengking2. Xda sampai pukul. N ...

Kena berani lawan. ..kaka dulu badan kecil kena buli siap kena pulau. .tapi kaka lawan ...jadi orang X berani buli kita. ...satu lagi si pembuli biasanya bodoh dlm pelajaran. ..hehe. ...
Quote qis_88 13-3-2019 03:55 PM
Sek kt titiwangsa.. Sek tuh ade asrama ek?
Quote pavlovachoc 13-3-2019 04:01 PM
ani mayuni ni ada suami x ?? btw aku mmg benci budak mmbuli ni .. biar report polis biar mak bapak si pembuli tau kelaku ank diorg kt sekolah macamne
Quote prettyuglybabe 13-3-2019 04:19 PM
bagus dia report polis segala..
tapi jangan bila sekolah and mak bapak pembuli rayu suruh tarik report, dia tarik pulak..
teruskan je sampai ke peringkat pengadilan ie saman..
Quote bungarose 13-3-2019 04:24 PM
Dari kecil2 dah membuli....tua2 peel mesti hauk
Quote Sazida 13-3-2019 04:27 PM
Tu kalau mati budak tu sape nk tggungjawab? Aku benci betul pempuan yg acah2 nk tunjuk gengster buli org ni. Kalau aku dpt tau adik aku jd pembuli, aku ikat kt pokok. Letak srg kerengga. Rasakan
Quote ayiebest06 13-3-2019 04:52 PM
qis_88 replied at 13-3-2019 03:55 PM
Sek kt titiwangsa.. Sek tuh ade asrama ek?

ada mek... dengar2 dia punya pengetua pun psiko juga
Quote namieamuro 13-3-2019 04:56 PM
iols benci pembuli..pegi skola blaja la..bkn membuli..bile la tradisi turun temurun ni nk terhapus
Quote munchkin 13-3-2019 06:49 PM
Anak2 setan. Anak2 harom. Done kecam. Mmg selayak dilabel mcm tu. Kalau jumpa luar sepak sampai lunyai anak2 harom

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.251030 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top