CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Aidil Fail Pindaan Tuntutan Hak Penjagaan Anak

23-9-2013 03:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 116523| Komen: 1797



SEREMBAN 21 September 2013  - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 26, memfailkan pindaan terhadap tuntutan hak penjagaan anak-anaknya yang dibuat sebelum ini semasa prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, dekat sini, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Syarie, Roshdan Sujak Rafie, yang mewakili Mohd Aidil selaku plaintif dalam proses tuntutan hak penjagaan Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, selepas pasangantersebut bercerai 5 September lalu.

Plaintif turut mengemukakan surat cadangan penyelesaian secara baik kepada Rita Rudaini Mokhtar, 37, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes berkenaan.

Rita Rudaini, yang diwakili peguam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memohon satu tarikh sebutan baru bagi membolehkan pihaknya meneliti tuntutan dan surat terbabit sebagai persediaan pembelaan.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad, selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, menetapkan 13 November 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Mohd Aidil tidak hadir kerana ada komitmen kerja di Pahang.

7

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolen 21-9-2013 08:33 AM
X abes2 kesah diorg ni
Las2 skali ank pilih nk dodok ngan atuk..puas ati korang
Quote mitnick 21-9-2013 08:36 AM
tgk ape komen bls rr pulak
Quote achik2009 21-9-2013 08:37 AM
lolen posted on 21-9-2013 08:33 AM
X abes2 kesah diorg ni
Las2 skali ank pilih nk dodok ngan atuk..puas ati korang

tu pun susah gak...
kena pilih atok seblah mana pulak....
Quote mixed 21-9-2013 08:38 AM
Benang bakal menjadi hangat tanpa
Berbicara ttng kes ni tp cite lain
Quote maxim 21-9-2013 08:39 AM
mixed posted on 21-9-2013 08:38 AM
Benang bakal menjadi hangat tanpa
Berbicara ttng kes ni tp cite lain

ok bley sambung bertekak kat sini
Quote rosasa 21-9-2013 08:40 AM
bo bo bo bosannnnnnnnnnnnnnn
Quote wahiza 21-9-2013 08:49 AM
dah start dahhhhhhhhhhhh
Quote nuryakmal 21-9-2013 08:52 AM
Pindaan jek... Maybe bukan baginterus ke aidil.. Mungkin lebih kan masa atau hak bermalam
Quote NAT_11 21-9-2013 08:54 AM
OKlah ni......................
Sekarang si Edel ada asas untuk membuat tuntutan.
Asasnya daripada pengakuan Rita sendiri, dia beri anak-anak
makan jungk food makanan segera 3-4 kali sehari.
So, hakim pun kena piker balik keputusan yang dia buat dulu.
Harap Rita ubah cara pemakanan anak-anak kepada yang lebih sehat.
Quote miawpink 21-9-2013 08:56 AM
benang ni mungkin tahan tuk 2 hari je
Quote Santeira 21-9-2013 08:56 AM
Wheeeeee fight edel fightttt!!!!
Quote bekbek 21-9-2013 08:59 AM
biasa nyer anak2 bwh 12 yrs stay dgn ibu kan.
Quote ice98 21-9-2013 09:04 AM
Pasnih aku rs Kerjaya RR akan down. Sbb, Kebahagiaan die dgn anak2 dh diganggu gugat. Anak2 die kan kekuatan dia. Meroyan pulak la RR tu nnt. Aidil walopon die takde mase nak jage sgt anak die, die pon nak hak die jugak. Kesian pd tumbesaran anak2 tu nnt. Celaru...

Mmmm... berdamai lah. Smp bila nak bertengkar? Takde untung nya pon. Buat penat je. Nikmati lah hidup ini dgn aman sblm mati..
Quote zafran_iman 21-9-2013 09:05 AM
mungkin hak lawatan dan bermalam....
penjagaan mungkin x.....
Quote nazsh 21-9-2013 09:19 AM
Dulu bukan ker jantan ni cakap anak2 bg kat rita sbb  anak2 rapat ngan rita..lari umah tinggal ankbini tungging langgang..ada ati nk amek anak
Quote mea 21-9-2013 09:21 AM
Si edel kawinla lg...blehla anak2 dodok skali...mak tiri kan ada jaga..bg mkn nasik plak pasni
Quote nazsh 21-9-2013 09:23 AM
NAT_11 posted on 21-9-2013 08:54 AM
OKlah ni......................
Sekarang si Edel ada asas untuk membuat tuntutan.
Asasnya dari ...

Asas kpala otak atuk  dia..dasar jntan xbtgungjwab..nmpak sgt dendam ngan rita..klu syang ank tk lari umah
Quote Innrukia 21-9-2013 09:23 AM
wait & see
aku tetap rasa edel sayang anak dia & nak lebih masa dgn anak dia.
cuma jodoh dia dgn rr takat tu, so kena jugak buat tuntutan supaya future takde gaduh2 lagik
Quote mixed 21-9-2013 09:24 AM
maxim posted on 21-9-2013 08:39 AM
ok bley sambung bertekak kat sini

jom lihat perang saraf kt sini

sape provke off  topik sila cantas jgn berat telor



Lihat semua komen(1797)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.350900 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top