CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Doktor Lakukan Pembedahan Caesarean Ke Atas Wanita, Yang Rupanya Tidak Hamil!

1-3-2019 11:39 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 5821| Komen: 30|Original author: Oleh: Nia M

Kecuaian boleh berlaku di mana-mana waima di hospital yang penuh dengan doktor pakar sekalipun. Keputusan perubatan yang dibuat dalam keadaan kecemasan boleh jadi betul dan sebaliknya.

Di Lincolnshire, United Kingdom, seorang wanita bernama Adele Barbour, 48, telah menjalani pembedahan Caesarean kerana disangka mengandung sedangkan dia sebenarnya tidak hamil sama sekali!

Foto: Facebook
Hal ini bermula daripada kemalangan jalan raya yang menimpa Adele, di mana dia dikatakan mengalami serangan jantung selepas diselamatkan, lalu meninggal dunia di Lincoln County Hospital sejurus selepas kemalangan itu.

Tetapi, sebelum kematiannya pihak hospital telah terlebih dahulu berbincang untuk membedah perutnya bagi mengeluarkan bayi yang dikandungnya tanpa mengetahui Adele sebenarnya tidak hamil.


Hasil soal siasat polis terhadap pihak hospital, mereka mendapati staf medik yang mula-mula tiba di lokasi kemalangan telah membuat andaian bahawa Adele hamil kerana saiz perutnya. 
Foto: Facebook



Adele yang telah meninggal dunia tetap dibedah kononnya untuk menyelamatkan anaknya. Namun, sia-sia sahaja kerana rupa-rupanya dia langsung tidak hamil. 

Adakah pihak hospital harus dipersalahkan dalam hal ini kerana terlalu terburu-buru bertindak atas andaian semata-mata? - CARI
3

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 1-3-2019 01:34 PM
Hadehhh free2 jer dpt urgent caesarian. Dahla kena eksiden lg, pastu dibelah perut lagii.......
Quote clarizsa 1-3-2019 02:23 PM
Hmmmmm x reti nak scan dulu ke. Ketaq2 pi bedah.
Seb baik orgtu mmg dh mati pun
Quote star_anisse 1-3-2019 02:23 PM
"Adele yang telah meninggal dunia tetap dibedah kononnya untuk menyelamatkan anaknya. Namun, sia-sia sahaja kerana rupa-rupanya dia langsung tidak hamil" - kesian dah mati pun orangnya

Quote mieymiey 1-3-2019 02:47 PM
Perut buncit terus dicop mengandung.
Quote whadda 1-3-2019 03:01 PM
aiii.. senangnye keje.. speku macam mengandung je trus boleh bedah.. masak klo orang tu hidup lagi
Quote MissCarcosa9753 1-3-2019 03:55 PM
Mujur dah meninggal

Kesian mayat
Quote tri-max 1-3-2019 05:13 PM
mcm tak logik jah ceta nih
takkan tkde cek heartbeat baby before opr
Quote nishikido 1-3-2019 07:11 PM
Lorrr..xde alat scan tgok kandungan/dengar heartbeat baby ke sebelum operate,takkan tak check.sebab logiknya kalau baby pon dah mati dalam kandungan ibu yg dah meninggal buat apa gigih keluarkan lagi..dan atas alasan apa the doctors fikir patient ni pregnant.i tak tahu guideline sebenar macam mana so i cakap ikut logik..
Quote matchstick 1-3-2019 10:35 PM
pprt juga dokter di UK yer..
Quote taniabecks92 1-3-2019 11:18 PM
nishikido replied at 1-3-2019 07:11 PM
Lorrr..xde alat scan tgok kandungan/dengar heartbeat baby ke sebelum operate,takkan tak check.sebab  ...

kalau ibu baru mati, doktor boleh selamatkan lgi anak dlm perut kLau mSih hidup sbb tu diorg perform emergency caesarian.
Quote Malaysia.Doom 1-3-2019 11:40 PM
matchstick replied at 1-3-2019 10:35 PM
pprt juga dokter di UK yer..

Baru nak cakap...pprt betul.hospital Kat Sana.
Quote lee_sakura 2-3-2019 01:11 AM
nasib la dh meninggal baru bedah, kalo tak mau kena saman hospital ngan doktor
Quote nishikido 2-3-2019 09:26 PM
taniabecks92 replied at 1-3-2019 11:18 PM
kalau ibu baru mati, doktor boleh selamatkan lgi anak dlm perut kLau mSih hidup sbb tu diorg perfo ...

Walaupun baby dah mati dalam kandungan ke sis?? Sebab i pernah terfikir kalau ibu2 yg dah ckup bulan meninggal tapi xsempat melahirkan,and anak dia pon dah mati.kita kena keluarkan baby or biar je dalam perut ibu..jujur soalan ikhlas dari iolls
Quote TuntungReturn 2-3-2019 09:32 PM
uk negara maju tu
Quote Beautifulliar. 2-3-2019 09:39 PM
mieymiey replied at 1-3-2019 02:47 PM
Perut buncit terus dicop mengandung.

Meols dlu pnh kt opis lama ada knl satu kakak ni..Circa 2011.Kakak tu mniaga kt kedai kain sederet ngn opis meols so sokmo la nmpk sheols lalu lalang dr kedai kain tu g beli mknn kt resto sebelah opis meols. Dlm 40 lebih umur dia meols agak tp jnis yg mmg perut bsr tau sebijik mngandung 7-8bln.jln pn terkedek2 mcm org sarat mmbilang ari. So mmg meols mati2 ingt sheols pregnant tau.

Pstu ada la satu ari sesambil tgok sheols lalu meols gi peluk n gurau2 mcm biasa pstu meols usap2 la perut n tnya bila due date kakak? Pstu dia ckp sy xpregnant la muka sheols berubah n muka meols skali. Ya ampun serius meols xtau, rs mcm bangang tau time tu meols xde niat nk malukn dia. Pstu meols ckp mtkmaaf je. Start kes tu meols xde dh tny bila due date kt org2 yg kita xknl mana luar dlm dia.
Quote lasagnaklcc 2-3-2019 09:39 PM
Belah2 mengandungi lemak je. Kalau tak mati dah blh saman tu.
Quote monsterwife 2-3-2019 10:25 PM
Buat malu aje.pprt jgk doctors kat sana.entah2 dr made in China atau from yindia with British passport
Quote taniabecks92 2-3-2019 11:42 PM
nishikido replied at 2-3-2019 09:26 PM
Walaupun baby dah mati dalam kandungan ke sis?? Sebab i pernah terfikir kalau ibu2 yg dah ckup bul ...

yg itu depends prosedur negara masing2. tp biasanya kalau dua2 dh mati dia biar je. Yg kes dlm berita ni pulak  trpaksa emergency ceaser sbb kalau btul ada baby masih hidup, kene cuba slamatkan dlm masa beberapa minit saja lps mak dia mati. kalau lmbt, tk sempat sbb jantung mak dia pn dh completely stop
Quote nishikido 2-3-2019 11:46 PM
taniabecks92 replied at 2-3-2019 11:42 PM
yg itu depends prosedur negara masing2. tp biasanya kalau dua2 dh mati dia biar je. Yg kes dlm ber ...

Ok sis..faham sudah.tq sudi jawab persoalan i..hehe.tapi buat pengajaran jugak buat kita pompan2 ni supaya jaga berat badan ideal.kang orang ingat kita pregnant pulak..meolls insap.wuwuwu

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.106175 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top