CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Disebabkan Seekor Monyet, Chris Brown Bakal Berdepan Hukuman Penjara 6 Bulan

1-3-2019 11:50 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3497| Komen: 8|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Nampaknya, kali ini mangsa Chris Brown adalah seekor monyet eksotik dan beliau bakal berdepan hukuman 6 bulan penjara. Semoga menjadi pengajaran untuk orang awam dan selebriti yang lain.

Penyanyi Chris Brown sekali lagi berdepan dengan masalah undang-undang  kerana memiliki seekor monyet liar jenis capuchin secara haram. Pihak berkuasa menerima laporan orang ramai apabila beliau didapati memuat naik beberapa keeping gambar monyet itu di media sosialnya.

Kredit foto: TMZ

Monyet itu, yang dinamakan Fiji, telah dirampas oleh Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar California selepas pihak itu mendapat waran untuk menggeledah rumah Brown. Menurut kenyataan pihak berkuasa, monyet itu kini dalam jagaan mereka dan berada dalam keadaan baik.



Kredit foto: The Inquisitr

Brown dikatakan membeli haiwan itu sebagai hadiah kepada anaknya, Royalty. Monyet jenis capuchin adalah haiwan larangan dengan berat kurang 10 pound. Sebarang pemilikan atau penggunaan dalam filem atau TV perlulah mendapat kebenaran.

 

Menurut jurucakap mahkamah, Brown akan dibicarakan pada 6 Februari atas dua kesalahan memiliki haiwan eksotik tanpa permit. Sekiranya didapati bersalah, Brown bakal dikenakan hukuman penjara 6 bulan. Wakil Brown yang dihubungi BuzzFeed News tidak memberikan sebarang ulasan.

 


Kredit foto: dird.md

Pihak berkuasa sering mendapat maklumat orang awam berkaitan selebriti yang memiliki haiwan terancam secara haram hasil posting mereka di media social. Awal bulan ini, seorang lelaki di Los Angeles didakwa di mahkamah kerana memiliki secara haram iaitu seekor anak harimau yang muncul dalam video Youtube Logan Paul.

 

Ini bukan kali pertama Chris Brown berdepan masalah perundangan. Sebelumnya, dia pernah didakwa kerana mengugut akan membunuh teman wanitanya Karrueche Tran pada tahun 2017. Sebelumnya dia menerima hukuman 5 tahun tempoh percubaan kerana membelasah teman wanitanya, Rihanna pada tahun 2015.

 

Kredit foto: YouTube

Nampaknya, kali ini mangsa Chris Brown adalah seekor monyet eksotik dan dia bakal berdepan hukuman 6 bulan penjara. Semoga menjadi pengajaran untuk orang awam dan selebriti yang lain. -CARI

5

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aminsaniah 1-3-2019 04:48 PM
monyet jack sparrow...heee
Quote rayray28 1-3-2019 07:22 PM
aminsaniah replied at 1-3-2019 04:48 PM
monyet jack sparrow...heee

Bukan barbossa punya?hahahah
Quote pai.kacang 4-3-2019 09:10 AM
kat malaysia ni berlambak org bela monyet ni... kesian kat binatang ni.. hmmm
Quote nanny_1 4-3-2019 03:34 PM
pai.kacang replied at 4-3-2019 09:10 AM
kat malaysia ni berlambak org bela monyet ni... kesian kat binatang ni.. hmmm



dusty monkey tu kan?
kesian gila. kecik2 je warna lain besar nanti warna sama monyet biasa jugak
dah la orang bagi minum susu tah apa apa
bodo gila.
dorang kata nak dapatkan dusty monkey tu kena bunuh maknya dulu
baru dapat anaknya.
manusia kejam.
Quote pai.kacang 4-3-2019 04:52 PM
nanny_1 replied at 4-3-2019 03:34 PM
dusty monkey tu kan?
kesian gila. kecik2 je warna lain besar nanti warna sama monyet biasa ju ...

aah.. yang tu laa... time seronok masing2 pakat bela laa.. tapi dah boring nanti.. biar je tak terjaga. kesian kan
Quote nanny_1 4-3-2019 04:58 PM
pai.kacang replied at 4-3-2019 04:52 PM
aah.. yang tu laa... time seronok masing2 pakat bela laa.. tapi dah boring nanti.. biar je tak ter ...



betul.
then lepaskan ke dalam hutan pun tak guna sebab monyet tu tak reti bawa diri dah
yela hari2 makanan orang bagi tak perlu cari sendiri.
lama2 mesti mati macam tu je
Quote Juju89 6-3-2019 04:22 PM
haiwan yang yang di lindungi memang sukarlah untuk lepas kalau pelihara kecuali kalau ada lesen.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.235880 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top