CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Shweta Sekhon, Dulu Miss World Malaysia Kini Menang Miss Universe Malaysia

8-3-2019 03:50 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6785| Komen: 15|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Shweta Sekhon, Dulu Miss World Malaysia Kini Menang Miss Universe Malaysia
Dua tahun lalu Shweta Sekhon memenangi tempat kedua dalam pertandingan Miss World Malaysia 2016/2017, yang dimenangi oleh Tatiana Kumar Nandha. Bagaimanapun, susulan konflik dengan penganjur, Tatiana dilucutkan kemenangannya dan digantikan dengan Shweta. 




Kredit foto: Instagram


Malam tadi menyaksikan Shweta, gadis Punjabi berusia 22 tahun itu, kembali bersaing dalam Miss Universe Malaysia 2019 dan kali ini berjaya memiliki mahkota kemenangan hasil usahanya sendiri.  


Menewaskan 17 gadis cantik lainnya, Shweta menepati ramalan ramai apabila terpilih ke Top 10 dan Top 4 dengan mudah. Dalam sesi soal jawab akhir untuk pemilihan pemenang, Shweta berjaya menewaskan Frost Yaw Hui Jing, 25, (kedua) Tessminderjit Kaur, 23, (ketiga) dan Lee Su Hsien,25 (keempat). Pertandingan yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur itu turut mengadili peserta dalam pusingan pakaian mandi dan gaun.



Kredit foto: Instagram


Walaupun majlis berjalan dengan lancar, bagi peminat yang menonton siaran langsung online menerusi hurr.tv terdapat banyak kelemahan penganjur yang perlu diperbaiki. Selain kualiti siaran yang tidak memuaskan, majlis juga kelihatan membosankan dengan persembahan yang monotomik dan keadaan dewan yang kurang meriah.


Kredit foto: Instagram


Terdapat rungutan penonton agar penganjur mencontohi negara jiran Filipina. Malahan ada yang mencadangkan supaya mempelajari penganjuran Unduk Ngadau di Sabah yang berjaya menarik ramai golongan peminat, bukan sekadar golongan elit dan urban.


Kredit foto: Instagram


Shweta dijangka akan mewakili negara ke Miss Universe pada tarikh yang akan diumumkan oleh organisasi Miss Universe kelak. 


Tahniah diucapkan dan semoga beroleh kejayaan. - CARI 
8

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 8-3-2019 05:30 PM
Cantik... nanti malam iols buka benang khas utk mum2019
Quote Sang_Pencinta 8-3-2019 05:31 PM
RatuDunia94: Cantik... nanti malam iols buka benang khas utk mum2019


Ambil alih je benang ni sis
Quote beautifulorchid 11-3-2019 02:07 PM
elok la muke punjabi plak...cantik pun cantik..takdela asyik mata sepet je... bossan dok tengok mata sepet je
Quote Queenmastani 11-3-2019 03:47 PM
Nape yg 2 org tu blh top 4? Cari la muka yg ethnic sket
Quote kejesame 12-3-2019 01:05 AM
Mata dia mcm ada power 👁
Quote raxief 14-3-2019 03:18 PM
lawa jugak
Quote mandear11 15-3-2019 12:10 AM
PUNJABI??? sure or not??? saya bekas punjabi..kekeke..takde punjabi nama shweta.. lol..yg nombor 3 tu ...baru la punjabi... ni hindu kot... or else maybe hindu+punjabi.
Quote puanbintang 19-3-2019 02:53 PM
memang lawo la haiii....
Quote iznanaziz 23-4-2019 02:46 PM
Queenmastani replied at 11-3-2019 03:47 PM
Nape yg 2 org tu blh top 4? Cari la muka yg ethnic sket

ha kan...

tapi mungkin leh menang sebab kira lawa dari yg lelain tu.
Quote niena90 23-4-2019 03:22 PM
mandear11 replied at 15-3-2019 12:10 AM
PUNJABI??? sure or not??? saya bekas punjabi..kekeke..takde punjabi nama shweta.. lol..yg nombor 3 t ...

Based on Wikipedia nama dia Shwetajeet Kaur Sekhon pastu mmg ade mention dlm tu dia ni keturunan Punjabi
Quote Queenmastani 23-4-2019 03:26 PM
iznanaziz replied at 23-4-2019 02:46 PM
ha kan...

tapi mungkin leh menang sebab kira lawa dari yg lelain tu.

Maknenyee itu le yg paling lawa dah ehh sbb tu dpt top 4 tu
Quote mandear11 24-4-2019 01:48 AM
niena90 replied at 23-4-2019 03:22 PM
Based on Wikipedia nama dia Shwetajeet Kaur Sekhon pastu mmg ade mention dlm tu dia ni keturunan P ...

well...that part i agree...Shwetajeet Kaur Sekhon...my sister is sekhon too....ni sekhon mcm kasta....i think so...
Quote adik_aza 24-4-2019 09:47 AM
mmg lawa yg amat ni ....
Quote biozipstar 10-5-2019 10:52 AM
shanteknyaaaaaa.... tak tau pun wey ada penganjuran pertandingan macam ni kt malaysia
Quote electricopop 10-5-2019 01:46 PM
biozipstar replied at 10-5-2019 10:52 AM
shanteknyaaaaaa.... tak tau pun wey ada penganjuran pertandingan macam ni kt malaysia

Pertandingan beauty pageants mcm Miss Universe Malaysia, Miss World Malaysia semua ni dah ada dari tahun 1960an kut, dulu dulu Melayu boleh masuk, after 1996 dh diharamkan.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.069657 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top