CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bertuah Kau, Dik!" - Budak Sekolah 'Monday Blues', Guru Terpaksa Cempung Masuk Ke Kelas

28-2-2019 11:54 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6375| Komen: 21|Original author: Oleh: LilRose

Bagi kebanyakan orang, detik paling dikenang sama ada manis atau pahit semestinya ketika di bangku sekolah terutama di sekolah rendah.

Mungkin detik dicempung guru seperti bayi kerana enggan masuk ke kelas akan diingat kanak-kanak ini dewasa kelak.




Yusmie Yusoff dalam entri di Facebooknya berkongsi pengalaman di mana dia terpaksa mencempung muridnya dari pintu pagar sekolah selepas 'pendekatan diplomasinya' gagal.




Aduhai, manjanya kamu dik. Mesti sebak kalau dikenang semula apabila dewasa nanti.



Ramai netizen menyifatkan tindakan guru berkenaan comel, sekali gus mengucapkan tahniah kepadanya kerana tabah menghadapi pelbagai kerenah anak murid.

Malah, ada yang menggesa supaya guru seperti Yusmie diberikan penghargaan tokoh guru.



Dalam masa sama, rakan setugas Yusmie turut mendapat perhatian netizen kerana masih berunding dengan seorang lagi murid dengan masalah serupa.



Posting guru itu turut mendapat perhatian bekas anak muridnya dan rata-rata mereka berterima kasih kerana pernah mendapat didikan daripadanya.


Kredit foto: FB Yusmie Yusoff

Sementara itu, mStar Online melaporkan, Yusmie atau nama penuhnya Mohammed Yusmie Mohammed Yusoff merupakan guru disiplin di Sekolah Kebangsaan RPS Dala di Gerik, Perak.

Menurutnya, kejadian yang berlaku pada Isnin itu adalah disebabkan 'Monday Blues' selepas bercuti pada hujung minggu.

Tabik spring kepada guru yang sabar seperti Yusmie dan rakan-rakan seperjuangannya dalam mendidik anak-anak tanpa menggunakan kekerasan mental dan fizikal, namun masih tegas dalam berlembut. - CARI
5

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 28-2-2019 12:03 PM
Comel cikgu nih. Hahaha
Quote Themilo 28-2-2019 12:10 PM

ye la.. comel jek.. pandai diplomasi.. kalau ditangankan budak tu, maunye viral satu malaya
Quote gummiebear 28-2-2019 12:33 PM
Kisah klasik untuk masa depan nih. Comel haha
Quote ninjago 28-2-2019 01:27 PM
hihihihhihiii..baiknya hati cikgu nie rajin nak melayan tak serah je kat parents.

anak i yg tadika pun dah reti monday blues, berperang nak pegi sekolah pepagi. padahal dah sampai sekolah tu dia ok je. penat kot bila dah tukar ke full day dari halfday last year
Quote munchkin 28-2-2019 01:33 PM
Respek gila ngan cikgu macam ni. Wujud lagi guru2 yg go out of the way utk anak murid.
Quote Artemesiaa 28-2-2019 02:57 PM
Bakal dikenang sepanjang hayat
Quote Ferr_Remy 28-2-2019 02:58 PM
Kena la tgkap gambo gak nak viralkan ye dop hahaha
Quote dua_chzy 28-2-2019 03:08 PM
Hahaha steady cikgu!
Quote mamapea 28-2-2019 03:31 PM
comel jer...yg paling kelakar kt blkg tu...
Quote ikanmasin 28-2-2019 03:38 PM
lambat sgt nak angguk nye..last2 dukung lah dgn penuh kasih sayang
Quote awliya 1-3-2019 12:54 PM
hahaha..comel
Quote hasniey 1-3-2019 12:59 PM
Darjah bpe studentnye tu?kalau drjah satu boleh la layan.kecik2 lg
Quote mrsT 1-3-2019 03:37 PM
hahahaaa... so cute ko dik..
Quote palmolive 1-3-2019 03:54 PM
cakap kat budak tu..ko nak monday2 blues bagai..
ada org semalam last day dia kt dunia..
Quote diss69 2-3-2019 08:40 PM
Kenangan terindah utk bdk ni...
Quote jengkoil 4-3-2019 12:34 PM
lepas dh dokong bwk masuk kelas...apa next step yg perlu buat kat kanak2 ni ye?
mesti tantrum tak abis lg ni..
Quote Sanyora88 8-3-2019 06:12 PM
Samalah kite dekk. Iols dulu time tadika first day. Menangis meraung kemain bila pusing belakang tengok mak iols dah balik. Jenuh ustazah pujuk xjalan. Last2 ustazah dukung sambil mengajar haha sampai iols tetido kejap. Rupenye mak iols perati je dari jauh sbb dia nyorok celah2 parents lain. Haha kejam x. Sampai sekarang mak iols akan citer balik kisah ni. Malu hoii
Quote Elle_mujigae 8-3-2019 08:34 PM
Ala comelnya....
Quote jazaa100 8-3-2019 08:39 PM
Sanyora88 replied at 8-3-2019 06:12 PM
Samalah kite dekk. Iols dulu time tadika first day. Menangis meraung kemain bila pusing belakang ten ...

Nak jd mak yg berjaya hati kena kering....

Ada parents anak menangis nangis gi sek, lansung malas nk hantar lg.....terus tak sekolah budak tu....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.075238 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top