CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bersekongkol Rogol, Bunuh Dan Timbus Mayat Anak Angkat Dengan Pasir Kucing

20-2-2019 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4625| Komen: 25

Seorang lelaki mengaku bersalah pada Selasa atas tuduhan merogol, membunuh dan mengerat mayat remaja perempuan berusia 14 tahun.

Memetik majalah People, Jacob Sullivan, 46, mengaku bersalah merogol, membunuh dan mengerat tubuh Grace Packer, 14, pada 8 Julai 2016. Mahkamah menetapkan Mac depan sebagai tarikh perbicaraan Sullivan. 


Mengikut pertuduhan, mangsa dipukul dan dirogol sebelum mayatnya ditimbus dengan pasir kucing selama tiga bulan.

Sullivan kemudian mengerat mayat mangsa dan membuangnya ke sebuah kawasan terpencil di Pennsylvania.


Kredit foto: AP

Menurut pihak pendakwaan, pembunuhan itu adalah sebahagian daripada 'fantasi gila' Sullivan dan kekasihnya, Packer, 43, yang pernah bekerja untuk kebajikan kanak-kanak.


Peguam Sara, Keith Williams berkata, anak guamnya itu bersetuju untuk mengaku bersalah dan bakal dipenjarakan seumur hidup.

Dalam kejadian, Grace dibawa ke sebuah rumah di Richland Township sebelum Sullivan menumbuk mangsa beberapa kali di mukanya.

Sullivan dan kekasihnya, Sara yang juga ibu angkat mangsa kemudian mengikat dan menyumbat mulut Grace sebelum meninggalkannya dengan harapan remaja itu akan mati kepanasan di loteng rumah berkenaan.

Apabila mendapati mangsa masih hidup, pasangan kejam itu mencekik mangsa hingga mati sebelum menimbus mayatnya dengan pasir kucing bagi menghilangkan bau dan meninggalkannya di loteng berkenaan selama tiga bulan.


Kredit foto: news.com.au

Tiga hari selepas pembunuhan itu, Sara membuat laporan polis mengenai 'kehilangan' Grace dan mendakwa anak angkatnya itu mungkin melarikan diri dari rumah.

Sementara itu, AP melaporkan seperti dipetik New York Post, hakim akan menentukan sama ada Sullivan akan dipenjara seumur hidup atau dihukum mati. - CARI
4

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 20-2-2019 06:26 PM
Gila apalah diaorang ni..
Quote meisapoya 20-2-2019 06:29 PM
Kejam nya.

Tapi, pasir kucing tu brand ape sampai tahan bau mayat? Bukan tahi kucing tuh. Kucing i pon bagi makan yg indoor formula pon bau jugak tahi dia. Hari2 kena cuci.
Quote CiliPadiSedap 20-2-2019 07:27 PM
meisapoya: Kejam nya. Tapi, pasir kucing tu brand ape sampai tahan bau mayat? Bukan tahi kucing tuh. Kucing i pon bagi makan yg indoor formula pon bau jugak tahi ...

Pasir kucing cap bauksit terlajak merah
Quote Decaffeinated 20-2-2019 08:08 PM
meisapoya replied at 20-2-2019 06:29 PM
Kejam nya.

Tapi, pasir kucing tu brand ape sampai tahan bau mayat? Bukan tahi kucing tuh. Kucing ...

tahi kucing wajib ada bau. hak asasi kucing

kalau xde aniaya binatang tu...
Quote meisapoya 20-2-2019 08:57 PM
CiliPadiSedap replied at 20-2-2019 07:27 PM
Pasir kucing cap bauksit terlajak merah

Cara membunuh kucing dan diri sendiri dlm senyap
Quote meisapoya 20-2-2019 08:58 PM
Decaffeinated replied at 20-2-2019 08:08 PM
tahi kucing wajib ada bau. hak asasi kucing

kalau xde aniaya binatang tu...

Sepatut nye macam tu lah. Mesti rumah dia bau busuk mayat
Quote missDollie 20-2-2019 09:09 PM
Orang jahat memang banyak idea..
Quote batmana 20-2-2019 09:22 PM
nmpk cam umo 24 tahun aja mangsa tu.

tapi baru 14 tahun.


apa2pun takziah..
Quote ikanmasin 20-2-2019 11:02 PM
kesiannye..dah lah kene ikat terbiar kat atas loteng..tak mati kene cekik pl
menderita sakit semua ..terseksa matinye..
Quote clarizsa 20-2-2019 11:26 PM
Speechless
Am too angry
Quote buapakperut 21-2-2019 12:53 AM
apa motif seksa budak tu. rot in hell la dua eko setan ni.
Quote lee_sakura 21-2-2019 12:54 AM
huyyoooo dasyat nya kes ni
Quote batu kikir 21-2-2019 01:04 AM
Kenapa wanita semakin kejam? Kenapa..........kenapa
Quote AkuMark 21-2-2019 01:19 AM
Kejamnya...
Quote EvieWanKenobi 21-2-2019 10:27 AM
marah apa lah sampai dibunuh begitu kejam..
Quote minguk 21-2-2019 10:31 AM
fantasi sex mereka dengan membunuh?
Quote Burong_Hantuk 21-2-2019 10:36 AM
dajal ...baik kau mati dalam penjasa nanti
Quote mieymiey 21-2-2019 10:52 AM
Babinya 2 ekor ni. Masukkan dalam penjara, tumbuk muka binatang ni, sumbat mulut dengan kain. Biar dia rasa apa yang mangsa rasa.
Quote FaryneeAwLea 3-4-2019 10:40 PM
{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.043904 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top