CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sherry Ibrahim Patahkan Hati Penyanyi Indonesia?

20-9-2013 05:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14867| Komen: 44



KL, 19 SEPTEMBER 2013: Entahlah, Murai Batu pun kurang faham dengan apa yang sedang dialami oleh pelakon drama cantik Sherry Ibrahim pada waktu ini. Seingat Murai Batu, sejak kembali aktif berlakon, dia secara terbuka telah mendedahkan hubungan cintanya dengan seorang jejaka kacak dari Mauritius.

Walaupun mereka berada jauh sesama sendiri, tetapi cinta jarak jauh yang dialami mereka berdua itu sangat utuh dan sukar untuk ditukar ganti. Bagaimanapun, sekarang khabarnya, seorang penyanyi kacak berasal dari pulau Bali, Indonesia yang dikenali sebagai Gusti Arya nampaknya telah patah hati dengan Sherry Ibrahim kerana cinta mereka yang tidak kesampaian.

Murai Batu agak terkejut apabila mendengar cerita ini kerana ianya sama sekali tidak masuk akal. Mana mungkin Sherry boleh melukakan hati penyanyi berkenaan sedangkan hati pelakon cantik berkenaan sudahpun dimiliki?

Malah seingat Murai Batu, Sherry Ibrahim sangat menyayangi kekasihnya dari Mauritius itu, hingga tidak sanggup menduakan cintanya dengan jejaka lain. Apatah lagi untuk mematahkan hati sesiapa sahaja demi memelihara cinta sejati.

Tapi rasa Murai Batu, mungkin Gusti Arya sendiri yang telah memendam perasaan terhadap Sherry Ibrahim sehingga dia kecewa bila mengetahui cintanya itu tidak dibalas dengan setimpal.

Bagi Murai Batu, perkara seumpama ini memang terjadi apabila ada saja individu yang menyukai kita secara diam-diam tetapi tdiak mengetahuu bahawa hati kita inis ebenarnya sudah dimiliki, sama macam yang dialami Gusti Arya terhadap Sherry Ibrahim.

Bagaimanapun Murai Batu harap agar penyanyi dari Indonesia itu tidak cepat mengalah. Mungkin kalau bukan jodohnya bersama Sherry Ibrahim, mana tahu ada pelakon wanita tempatan lain yang dapat menyanyanyinya.

Murai Batu dikhabarkan juga bahawa Gusti Arya juga sebelum ini pernah mengalami pengalaman putus cinta dengan seorang wanita cantik sehingga menyebabkan dia menjadi workaholic.

Malah dia tidak menyangka pertemuannya bersama Sherry beberapa bulan lalu, mampu mencipta bibit percintaan dan membuatkan hatinya bersedia untuk menerima Sherry sebagai pengganti. Tapi apa yang pasti impiannya itu musnah dan hanya tinggal angan-angan. Dia sedar bahawa impiannya untuk memiliki Sherry sebagai kekasih hati tidak akan kesampaian.

Sudah cukuplah Gusti Arya. Apa yang penting sekarang, jangan cepat mengalah. Bukalah hati untuk menerima cinta yang lain dengan sepenuh jiwa. Mungkin Sherry Ibrahim bukanlah orangnya kerana hatinya kini sudahpun dimiliki.

Murai Batu: Takjub dengan semangat dan kesetiaan pasangan bercinta walaupun dari jarak jauh.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 20-9-2013 01:11 PM
sapo gusti arya ni??
Quote wangii 20-9-2013 01:13 PM
cuba tepek pic gusti arya kat sini tt
Quote miawpink 20-9-2013 01:14 PM
sapo knal gusti arya?
mohon tepek

saya langsung x kenal
Quote ellZack 20-9-2013 01:23 PM
gigih iols google satu2.
and iols jumpa IG ni.



gustarya Once upon a time when it was black #throwback #dj #music #travel  6d
dafiismailsabri Nice pic  6d
gustarya Thanks @dafiismailsabri see you tonight  6d




Last edited by ellZack on 20-9-2013 01:25 PM

Quote yayah8989 20-9-2013 01:25 PM
bila nk kawen ni? hehehe
Quote miawpink 20-9-2013 01:25 PM
ellZack posted on 20-9-2013 01:23 PM
gigih iols google satu2.
and iols jumpa IG ni.

tu ke laki yang patah hati ngan sheery ni?
sian nya dia
Quote redliner 20-9-2013 01:26 PM
gusti arya who?
tah2 si sherry tu pon tak kenal dia.
Quote miawpink 20-9-2013 01:27 PM
ellZack posted on 20-9-2013 01:23 PM
gigih iols google satu2.
and iols jumpa IG ni.

ni dia jugak kn?
non muslim ea?


Quote ellZack 20-9-2013 01:29 PM
miawpink posted on 20-9-2013 01:27 PM
ni dia jugak kn?
non muslim ea?

tak dapat dipastikan muslim ke tak..
tapi kalau miaw tengok picture dia baring tepi pool and ada dua ekor anjing, ada orang komen kat situ kata pasal raya.
IDK.

Quote miawpink 20-9-2013 01:33 PM
ellZack posted on 20-9-2013 01:29 PM
tak dapat dipastikan muslim ke tak..
tapi kalau miaw tengok picture dia baring tepi pool and a ...

ye bnyar gambo ngan anjing
n byk gak posing seksi

tapi haram x knl dia neh
Quote miawpink 20-9-2013 01:34 PM
gambo kat tab mandi pun ada
Quote malaywood.NET 20-9-2013 01:38 PM
perempuan indon takde yang cantik ke?.sampai jatuh kat hati  perempuan malaysia..
bangga lah... class kaka sherry tak berminat dgn laki indon..
Quote reenz013 20-9-2013 01:51 PM
penyanyi gusti ni...x penah dgr..sure x pemes
Quote alepmama 20-9-2013 02:20 PM
malaysia tak mau ke
Quote tomet05 20-9-2013 02:25 PM
gayah sangat kan
Quote bluecrystal 20-9-2013 02:32 PM
bukan aritu kat thread yang sherry nak jadi penyanyi tu dia kata nak duet ngan gusti arya ke

ke aku silap tah
Quote mitnick 20-9-2013 02:36 PM
bila cinta bertepuk seblah tgnnn
Quote dr.R 20-9-2013 02:37 PM
Bagaimanapun Murai Batu harap agar penyanyi dari Indonesia itu tidak cepat mengalah. Mungkin kalau bukan jodohnya bersama Sherry Ibrahim, mana tahu ada pelakon wanita tempatan lain yang dapat menyanyanyinya.


Quote harkktuih 20-9-2013 02:48 PM
patah hati je..ingat patahkan anu..

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.050308 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top