Pelik tetapi ianya berlaku! Faktanya begini: Robert Hodge telah meninggal dunia pada November 2016 akibat pengambilan dadah secara berlebihan. Disebabkan kematian mengejut Robert yang lebih dikenali dengan panggilan mesranya "Robbie", ibunya Jennifer Hodge telah menubuhkan sebuah NGO yang memberi sokongan kepada usaha pemulihan kepada penagih-penagih dadah, Realty4Rehab.org.
Namun terkini, suatu kejadian yang disifatkan sebagai luarbiasa telah mengejutkan Hodge.
Hodge, 57 tahun yang bekerja sebagai seorang ejen hartanah dan menetap di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat ketika itu hanya tinggal berdua dengan anak perempuannya Lauren, 21 tahun. Menurut Mirror lagi, Hodge dilaporkan berkata, "Ini perkara gila. Saya sedang baring di atas katil sambil menonton televisyen bersama-sama Lauren". "Baru sahaja hendak tertidur, telefon yang berada di antara kami menunjukkan mesej notifikasi bahawa terdapat seseorang di dapur. "Saya tergamam apabila Laura berkata: Mama, ada seseorang di dapur.. Mama, itu Robbie! Tengok ni!", sambung Hodge. Mesej notifikasi tersebut datang dari sebuah aplikasi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam kediaman beliau.
Ia tertera mesej ini, "Kamera di pintu masuk anda telah melihat seseorang. Cuba lihat". Ia merupakan notifikasi biasa yang akan diterima sekiranya kamera litar tertutup berjaya merakam imej seseorang. Tetapi kali ini, Hodge dan Laura tergamam apabila imej yang terakam menyerupai susuk tubuh mendiang anaknya, Robbie. Mereka kemudiannya bergegas ke dapur. Namun tiada siapa pun berada di sana dan mereka gagal menemui sebarang tanda pencerobohan. Berikut merupakan imej yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup itu. Kejadian ini ternyata membingungkan dua beranak tersebut. Hodge mengakui susuk tubuh yang terakam itu amat menyerupai mendiang anaknya, namun beliau sendiri berasa tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Sejak kejadian tersebut, kamera litar tertutup yang berfungsi dengan merakam imej secara spontan apabila terdapat pergerakan itu tidak lagi merakam imej yang serupa. Hodge pula memilih untuk memandang kejadian ini dari sudut yang positif dengan menganggap bahawa ini petanda bahawa roh anaknya berada dalam keadaan yang gembira. Setakat ini, belum ada pihak yang tampil untuk merungkai kesahihan imej yang berjaya dirakam itu. Kalau anda memiliki kepakarannya, apa kata anda cuba selidik. -CARI |
naina replied at 25-1-2019 10:37 PM
Gilaa. Takut aku.
Maknya plak bole terus jenguk
ADVERTISEMENT