CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akhirnya, Ustazah Nur Farhana Akan Pindah Sekolah Berdekatan Rumahnya

25-1-2019 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12824| Komen: 129|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27, akan ditempatkan di sekolah berhampiran rumahnya setelah proses pertukarannya dari JPN Pulau Pinang selesai.
Ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27, akan ditempatkan di sekolah berhampiran rumahnya setelah proses pertukarannya dari JPN Pulau Pinang selesai.

Kosmo Online melaporkan, guru agama itu perlu melalui proses pertukaran yang ditetapkan seperti biasa dan diuruskan oleh JPN Pulau Pinang.


Pengarah JPN Kedah, Abd. Aziz Selaiman berkata, 

"Saya difahamkan Pengarah JPN Pulau Pinang baru saja pulang dari Putrajaya bagi membincangkan hal berkaitan ustazah tersebut termasuklah telah berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian yang melibatkan penyesuaian perkhidmatan beliau.

"Sekarang kita hanya menunggu semua proses di JPN Pulau Pinang selesai."

Sebelum ini kisah Nur Farhana menjadi tumpuan rakyat Malaysia selepas dia didapati hilang dan tidak pulang ke rumahnya Alor Senibong, Langgar pada petang 14 Januari.


Dia dipercayai mengalami kemurungan dan pernah menrima rawatan pada 2014 disebabkan terpaksa berulang-alik setiap hari dari Langgar (Alor Setar) ke Balik Pulau (Pulau Pinang) untuk mengajar.

Dia kemudiannya ditemui selamat di Kuala Kangsar, Perak pada 17 Januari.

Tambah Abd Aziz, JPN Kedah memproses ribuan permohonan pertukaran guru dari luar Kedah untuk mengajar di negeri ini.

"Proses pertukaran guru ini sangat dinamik dan sentiasa berterusan sehingga sekarang pun saya masih menandatangani permohonan berkaitan dan ada guru yang sudah diluluskan berpindah ke sini tapi dia batalkan pula." -CARI
13

Bagus
13

Marah
22

Terkejut
27

Sedih
20

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 25-1-2019 11:59 AM
alhamdulillah...  harap2 lepas ni si tok laki jangan aniaya isteri lagi ye...
Quote Artemesiaa 25-1-2019 12:01 PM
Syukurlah moga masaalahnya betul2 selesai kali ni
Quote EvieWanKenobi 25-1-2019 12:04 PM
k jangan stress lagi..
Quote me12345 25-1-2019 12:12 PM
Semoga berbahagia setazah...
Quote mygreentea 25-1-2019 12:15 PM
kalo perlu bantuan, cuba la dapatkan bantuan NGO eg Befriend jika hadapi maslah peribadi, cari lah seseorang untuk berbicara.... bahaya tau jika murung ni tak di tangani awal
Quote ninjago 25-1-2019 12:20 PM
seriously suami dia langsung taknak ikhtiar senangkan isteri??  biar je isteri susah2 drive pegi balik keje sampai berjam2 sehari? gila tul
Quote naina 25-1-2019 12:23 PM
Ok..guru guru lain yg tak dapat2 pindah tu bole try kot cara cmni..huhu
Quote UMMI_MAI 25-1-2019 12:35 PM
ninjago replied at 25-1-2019 12:20 PM
seriously suami dia langsung taknak ikhtiar senangkan isteri??  biar je isteri susah2 drive pegi bal ...

dlm keadaan cam gini , terfikir gak tindakan my husb g PPD nak tuko sek my daughter yg x sama dengan her brother. Pegi2 PPD katanya sekolah yg apply nak masuk dah penuh. my husb hangin hentak meja, terus pegawai tu tarik masuk dlm bilik meeting and cop lulus. huhu... laki ust ni kena buat gini gak sesekali

Quote niena90 25-1-2019 12:35 PM
Mak aiii selama ni dia ulang alik hari2 ke pegi sekolah? Jauh gile! Kesiannya ustazah ni
Quote weezerfan 25-1-2019 12:39 PM
Bolehlah mana2 cikgu melaya pedalaman borneo tu buat perangai sama... Mana tau boleh pindah.
Quote moonbug 25-1-2019 12:42 PM
Semoga lebih bahagia lepas ni
Quote RED 666 25-1-2019 01:27 PM
nasib baik keje gomen kalau ada masalah boleh dipertimbangkan, kalau swasta paham2 sendirilah
Quote RatuDunia94 25-1-2019 01:58 PM
Boleh pulakkkkkk????
Quote namr 25-1-2019 02:08 PM
jgn stress2 sis,kita enjoisssregister cari forom.com kita carut org dalam ni tuk hilangkan stress
Quote chicozinn 25-1-2019 02:19 PM
untung lah da leh pindah..cam aku ni keje swasta, kalu xtahan jenjalan jejauh kne benti keja, kalu x kne cari rumah sewa kat sini n laki aku plak kne benti keje cari keje lain..urgghhh..dilema btol..
Quote silencekiller 25-1-2019 03:02 PM
typical Malaysian punya solution... pikiaq pendek... kalo depa bagi minah ni pindah camni.. tak mustahil akan ramai lagi cikgu cikgi kaa gomen staff lain kaa gunakan cara yang sama ..

Patot nasihatkan dia suruh berhenti kalo suami kaa famili kaa xnk pindah dekat dengan tempat kerja .. patot selesaikan terus masalah begini, bukan buka pintu besaq pada masalah yang sama berulang
Quote gigahertz 25-1-2019 03:03 PM
weezerfan: Bolehlah mana2 cikgu melaya pedalaman borneo tu buat perangai sama... Mana tau boleh pindah.

kakak aku tu hari dapat sabah nak balik semenanjung punya susah. 8 tahun beb kat sabah. baik buat macam ustazah ni je.muka terpampang satu malaysia terus dpaat tukar
Quote sundayz0 25-1-2019 03:09 PM
Gila la. Lepas declare murung dan tak balik rumah terus dapat tukar sekolah. Aku rasa lepas ni ramai  ikgu cikgi dari Sabah/Sarawak buat cemni utk balik Semenanjung. Acah2 murung dapat surat doc terua x masuk mengajar seminggu dua. Dah viral dan2 dapat balik Semenanjung.

Goodluck semua!
Quote vespa_oren 25-1-2019 03:15 PM
ada kes cikgu dkt lbh setahun xdtg sekolah sbb xdpt masuk kelantan dri sabah, last ppd potong gaji terus muncul  

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.282746 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top