CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Berkhidmat Untuk Rakyat Konon! Jururawat Kerajaan Muka Ketat Waktu Bertugas, Baik Kerja Di Zoo'

23-1-2019 06:24 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 17275| Komen: 91|Original author: Oleh: LilRose


Isu jururawat terutama dari sektor swasta yang menjadi sasaran kecaman masyarakat bukanlah satu isu baru. Namun, sebuah kritikan melampau daripada pengguna Twitter baru-baru ini, mengundang perhatian ramai.

Difahamkan, individu terbabit tidak berpuas hati apabila ucapan terima kasihnya tidak berbalas, sebaliknya hanya mendapat 'jelingan manja' daripada jururawat di sebuah hospital kerajaan.

Malah, dia turut menyifatkan jururawat kerajaan hanya layak bekerja di zoo memandangkan mereka lokek dengan senyuman.



Kritikannya itu mendapat sahutan ramai yang bersetuju jururawat kerajaan kurang mesra berbanding jururawat di hospital swasta.



"Jika tidak berpuas hati dan hanya tahu mengkritik, lebih baik pergi ke hospital swasta saja," itu antara komen netizen yang menempelak dakwaan segelintir pihak mengenai pandangan negatif terhadap jururawat.

Ramai lagi yang menyebelahi jururawat dan menegaskan semua pihak harus memiliki sikap tolak ansur kerana mereka juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

Lumrah manusia, pasti akan ada masanya mereka tewas dengan perasaan sendiri.


Kredit foto: Twitter

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Namun, jangan pula dipukul rata sekiranya kita melihat sesuatu yang boleh mencemarkan imej baik sesebuah organisasi. - CARI
3

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 23-1-2019 06:50 PM
Nurse and Cikgu. Selalu kena kecam. Hahaah
Quote armin 23-1-2019 07:05 PM
Dah semua manusia mmg ada yg kerek. Iols pernah hadap doktor kerajaan kerek nak mampos pun ada.
Quote umbut 23-1-2019 07:58 PM
Kesian nurse..takat ni aku jumpa semua nurse kerajaan baik2.. time bersalin semua baik2. Nurse skrg muda3 baik2.. x cam zaman mak aku dulu3. Garang
Quote opie5662 23-1-2019 08:00 PM
Suruh la yg bercakap tu keje sebagai nurse setahun. Nk tgk mampu ke die memberikan senyuman manis 24 jam...
Quote arianakhalid 23-1-2019 08:04 PM
dah ko pilih kerja tu..lepas tu nak stress2. buat muka puaka nak suruh org paham ko stresss
gile ke apa

lepas tu ada pulak yang komen "Suruh la yg bercakap tu keje sebagai nurse setahun. Nk tgk mampu ke die memberikan senyuman manis 24 jam..."

hahahahahahahah ni lagi bongok
Quote wanzhm93 23-1-2019 08:45 PM
arianakhalid: dah ko pilih kerja tu..lepas tu nak stress2. buat muka puaka nak suruh org paham ko stresssgile ke apalepas tu ada pulak yang komen " Suruh la yg be ...


Setuju dengan sis
Quote MadameOnion 23-1-2019 08:59 PM
Sepanjang hidup sebagai maknusia..i pernah 2 kali je berdepan nurse yg hamjad..yg sorang tu i straight komplen kat supervisor dia..n terus kena tukar ke tempat lain..dari apa yg nurse lain bgtau dia mmg problematic..yg kali kedua nurse tu  tengah pregnant..so i rasa dia letih n pembawakn budak.. selain tu semua ok..thank you jururawat malaysia
Quote Kurex 23-1-2019 09:13 PM
Ada nurse nak berkenalan dengan kurex.. Tapi kurex tak mau, sebab dah makcik makcik
Quote mziskandar 23-1-2019 09:17 PM
umbut replied at 23-1-2019 07:58 PM
Kesian nurse..takat ni aku jumpa semua nurse kerajaan baik2.. time bersalin semua baik2. Nurse skrg  ...

Yup... alhamdulillah, sama.
Nurse2 yg aku jumpa semua baik2.
Terima kasih kepada mereka yg menjalankan tugas dgn baik.
Quote munchkin 23-1-2019 09:20 PM
Terima lah teguran. Kalau u tak suka why pilih kerja tu.
Quote Syajati 23-1-2019 09:33 PM
Pengalaman setiap orang berbeza....
Rezeki saya, sentiasa berurusan dengan nurse yang baik....
Terlebih terkurang dalam berbahasa atau perlakuan adatlah....
Sebab merekapun manusia biasa,walaupun terikat dengan peraturan, kadang kala refleksi luar kawal bila mental mereka letih.
Quote cikkittydiva 23-1-2019 09:55 PM
Ada yang baik sebaik2 manusia dan ada yang macam haram.  
Quote weezerfan 23-1-2019 10:27 PM
Bahaya kutuk nurse ni kang kena saman pesatuan depa
Quote LautBiru52 23-1-2019 10:28 PM
Task job nurse memang byk plus meletihkan. Yang tak keje staffnurse pun tau. Tapi jangan la jadikan tu semua alasan nak buat perangai nak buat muka jerkah2 orang. Sendiri willing apply keje tu kan. Bukannya hospital ketuk pintu rumah merayu suruh keje pun. Kadang2 kita tanya baik2 siap senyum tapi baik punya kena perli. Cakap elok2 tak boleh ke. Lain la kalau yang bertanya pun biadap. Kalau rasa bukan penyabar jangan jadi nurse. Meluat la orang yang asyik nak salahkan surroundings ni. Sendiri bermasalah nak salahkan orang pulak.
Quote faraway1 23-1-2019 10:49 PM
well me rasa jika dalam hidup jahat dengan manusia lain,
memang akan jumpa balik orang tak baik dengan anda kemudian...



Quote kroit92 23-1-2019 10:51 PM
macam musim pulak

ni giliran nurse kena marah pulak ye?

lepas ni sape pulak?
Quote MarryPottet 23-1-2019 11:25 PM
Jadahnya nak suruh nurse muka ketat 24/7, 365 days datang bulan kerja kat zoo?
Kang haiwan2 kat zoo pulak kena pindah dok hospital
Quote Jonijonet55 24-1-2019 12:07 AM
Aku selalu dpt nurse y baik2.. Hehe.  Siap mse nk bersalin tlg urut lg.. Hospital putrajaya sememangnya sgt2 best.. Nurse n doktor sgt baik lemah lembut. {:hooray
Quote bedahmulutpuaka 24-1-2019 02:28 AM
Bkn nak cakap apalah..
Kita kerja biasa ni pun, kalau teelampau penat, byk kerja, kene marah lg ngan boss, kadang mood kite pon kelaut kan..

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.046315 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top