CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tak Sengaja" - Wartawan TV9 Mohon Ampun Kepada Agong, Kerabat Diraja Pahang

25-1-2019 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10581| Komen: 39

Description: Seorang wartawan yang membuat lintas langsung ketika Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan timbalannya di Istana Negara pada Khamis membuat permohonan maaf sel ...
"Saya menyesali akan kesalahan yang tidak disengajakan itu dan ingin merafak sembah serta memohon ampun kepada Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta seluruh kerabat Diraja Pahang atas kekhilafan itu. Tidak dilupakan, rakyat jelata Pahang secara keseluruhannya."


Seorang wartawan yang membuat lintas langsung di Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan timbalannya di Istana Negara pada Khamis memohon maaf selepas mendapat teguran kerana kesilapannya ketika membuat liputan.


Kredit foto: Sinar Harian

Dalam lintas langsung yang dipaparkan untuk berita tengah hari TV9, jam 1 petang itu, Ridhuan Hussain terkhilaf menyebut perkataan Almarhum ketika merujuk ayahanda Sultan Abdullah iaitu Sultan Ahmad Shah yang kini dalam keadaan gering.


Kesalahannya itu membuat beberapa pihak memberi teguran termasuk bekas penyampai berita Buletin Utama TV3, Saiful Nizam Ismail.






Almarhum merupakan ungkapan yang digunakan bagi merujuk kerabat tertinggi istana yang meninggal dunia. Susulan teguran itu, Ridhuan mengaku kesalahannya dan memohon maaf di laman Facebooknya.

Menurutnya, sebagai seorang wartawan, dia bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan itu.


Kredit foto: FB

Tegasnya, ia bukan kesalahan yang disengajakan dan pastinya tidak berpunca daripada kurang maklum atau arif akan istilah-istilah Istana. - CARI
15

Bagus
16

Marah
14

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklong32 25-1-2019 11:19 AM
adoi macam mana bleh salah sebut
takpe la semua org buat silap
mungkin dia nebes kot
Quote revolusi_30 25-1-2019 11:39 AM
Bukan minta maaf...mohon ampun lebih tepat
Quote chicozinn 25-1-2019 11:41 AM
maybe kebiasaan kan kalu raja ditabalkan jadi sultan bila ayahanda da mangkat..
Quote Artemesiaa 25-1-2019 11:42 AM
Lain kali praktis ler dulu sebelum buat live baru tak tersasul
Quote lee_sakura 25-1-2019 11:52 AM
belajar dari kesilapan ye dik
Quote pearl.silver 25-1-2019 11:59 AM
Ingatkn dia carut apa
Quote Hessa 25-1-2019 12:10 PM
kesian tersasul. semoga lebih berhati hati lepasni, belajar dari kesilapan... i paham mcm mana perasaannya bila buat lintas langsung mcm tu..even sesiapa yg perlu bercakap depan ramai penonton pun nervous, pokoknya apa2 aje melibatkan bercakap secara spontan ni, bukan semua org mampu handle perasaan nervous. perlu berlagak tenang, dan tutur kata yg keluar pun mesti jelas dan betul... tp dalam hati dup dap dup dap..Tuhan je tau
Quote EvieWanKenobi 25-1-2019 12:11 PM
semoga kesilapan tak berulang..
Quote Suchi 25-1-2019 12:14 PM
Bahaya tersalah sebut ni takut jadi betul iols selalu gak sebut arwah pada org yg masih hidup tup2 tak lama dia jd arwah.
Taktau knp mulut ni asik tersasul je cth masa doa kat solat yela kebetulan nk doa yg dah arwah sampai yg hidup pun dipanggil arwah gak.
Quote Syd 25-1-2019 12:24 PM
Abang

Biasa membawang ke tak?
Quote ChildrenOfBodom 25-1-2019 12:37 PM
almarhum in advanced ka?
Quote Syd 25-1-2019 01:00 PM
Asdan replied at 25-1-2019 12:58 PM
apa makna merafak sembah ?

Melutut sambil jalan ke depan
Angkat tangan junjung.

Ampun Tuanku
Quote RatuDunia94 25-1-2019 01:38 PM
Iols dulu masa sekolah plg benci soalan ttg bahasa istana dlm bahasa melayu..

Patik, Hamba, Baginda, Tuanku, Tuan Hamba, Beta... ayooo.. so confusing!
Quote babyhubby85 25-1-2019 01:48 PM
Aduh kesianyaa.. nak salahkan dia 100% tak boleh..... Kebiasaannya Sultan mangkat dulu baru tabal Sultan baru..
Quote cheergirlz 25-1-2019 02:08 PM
Suchi replied at 25-1-2019 12:14 PM
Bahaya tersalah sebut ni takut jadi betul iols selalu gak sebut arwah pada org yg masih hidup tup2 t ...

yup...btul sis..sma pnah jgk jd mcm nie...
Quote kakyungpilah85 25-1-2019 04:32 PM
kang sebut almarhum betul2 pulak meninggal nanti
Quote moonbug 25-1-2019 04:43 PM
Dia tersasul la tu
Quote tumpanglalu74 25-1-2019 04:52 PM
moonbug replied at 25-1-2019 04:43 PM
Dia tersasul la tu

Yang ni saje sasul..

[youtube]dhwGGWCRnUI[/youtube]
Quote tombong 26-1-2019 12:43 AM
yang si saiful nizam tu bukan main kasar ayat menegur. macam la die perfect sangat buat stand upper flawless

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.065511 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top