CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UiTM 'Hak Orang Melayu' Tidak Tepat?

16-1-2019 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2051| Komen: 7

Banyak persepsi bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah 'hak' orang Melayu dan Bumiputera sebenarnya dikatakan tidak tepat.

Memetik laporan Astro Awani, hal itu ditegaskan oleh Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub yang mengatakan tujual asal penubuhan UiTM lebih 60 tahun lalu adalah untuk membantu golongan Melayu dan Bumiputera miskin. 


Namun, hal tersebut nampaknya sudah berubah pada masa ini. 

"Tidak ada 'hak orang Melayu' kerana pada asalnya, UiTM ditubuhkan untuk membangunkan orang Melayu yang kekurangan dan dalam kemiskinan.

"Tetapi hari ini, adakah mereka masih kekurangan? Banyak lagi golongan lain yang lebih miskin dari orang Melayu, jangan lupa itu.

"Memang ada dalam Perlembagaan Persekutuan, Artikel 153 untuk menolong orang Melayu, tetapi sekarang keadaan sudah berubah. Bila ia berubah, peluang kita juga berubah," katanya. 


Kata Pengarah Pertama ITM pada tahun 1967 ini, sudah tiba masanya kemasukan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing untuk kursus pascasiswazah. 

Kredit foto: Astro Awani/ Bernama

"Pelajar pascasiswazah ini sudah mendapat latihan selama lima tahun ketika menjalani program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, tidak cukup lagi, kah? Mereka sepatutnya sudah bersedia untuk bersaing.

"Kalau begini, kita macam tidak ada kepercayaan terhadap diri sendiri. Kita mesti ingat, persaingan bukan sahaja antara orang Melayu dan orang Melayu, atau orang Melayu dengan bangsa lain di negara ini. Ia adalah persaingan tahap antarabangsa.

"Ini adalah masalah pemikiran, kita perlu buka minda kita," ujarnya. - CARI 
10

Bagus
10

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pulauturtle 16-1-2019 10:58 AM
Kakaka...itulah ketuanan sh1t, suka2 lupakan semua kaum lain termasuk tuan rumah sebenarnua orang asli...pi mampus la ketuanan sh1t yg tamak
Quote Muntz 16-1-2019 11:07 AM
Hak org Melayu? Kalau persatuan org Melayu jah yg finance universiti tu aku rasa ok jah nak ckp camtu. Tapi kalau masih pakai taxpayer's money, no such thing.
Quote AbukRokok 16-1-2019 11:57 AM
Muntz replied at 16-1-2019 11:07 AM
Hak org Melayu? Kalau persatuan org Melayu jah yg finance universiti tu aku rasa ok jah nak ckp camt ...

xda iban kadazan ka dalam uitm?
Quote pokaibanktokyo 16-1-2019 12:05 PM
Bodoh. Kalau buka kepada bukan bumi habis la jadi caprut macam utar, unitar kaum miskin ketinggalan mundur itu
Quote kubong 16-1-2019 01:52 PM
AbukRokok replied at 16-1-2019 11:57 AM
xda iban kadazan ka dalam uitm?

umpamanya dari smlm kisah uitm ni dibincangkan nampak sgt ramai yg malas membaca...,
uitm untuk bumiputera
Quote botol_tritan 16-1-2019 01:53 PM
"Kata Pengarah Pertama ITM pada tahun 1967 ini, sudah tiba masanya kemasukan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing untuk kursus pascasiswazah. "

Time i buat postgrad kat uitm bertahun dulu (2011/2012) pun mmg dah ramai dah foreigner diambil jadi student postgrad. dah kenapa baru sekarang diorg nak kecohkan. hairan btl. kalau student non bumi Malaysian, ya, mmg i x jumpa zaman i dulu.

to be honest, Tan Sri Arshad ni antara 'org kuat' UiTM yg i respect. very good one.

Quote Muntz 17-1-2019 11:13 AM
AbukRokok replied at 16-1-2019 11:57 AM
xda iban kadazan ka dalam uitm?

Tapi org Melayu jer punya katanya.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.033484 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top