CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bantai Isteri Dengan Besi Kerana Tak Dapat Duit

15-1-2019 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2861| Komen: 21

Wanita cedera di kepala selepas dipukul dengan sebatang besi apabila enggan memberikan sejumlah wang kepada suaminya.

Harian Metro melaporkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang, semalam di rumah mereka di Taman Keladi, di Kulim itu menyebabkan mangsa terpaksa menerima lima jahitan.


Difahamkan, kejadian berpunca akibat pertengkaran selepas mangsa yang juga tukang cuci berusia 28 tahun enggan memberi wang diminta suaminya berusia 23 tahun itu.


Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar yang mengesahkan kejadian berkata, pertengkaran bertambah agresif apabila suspek mengambil sebatang besi dan memukul kepala mangsa sehingga berdarah.


“Akibat kejadian itu mangsa terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kulim dan menerima lima jahitan.

“Bimbang kejadian sama berulang, dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Kulim berhubung kejadian,” katanya.

Polis menahan suspek di sebuah rumah di Kulim pada jam 1.30 pagi tadi susulan laporan diterima mengenai kejadian.

“Semakan juga mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Perintah tahanan reman akan dipohon hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. - CARI
11

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aqissa 15-1-2019 10:06 AM
Kesian kau... hadap laki berdadah....
Quote cHimo 15-1-2019 10:12 AM
Penagih kot tuh yang sanggup pukul bini begitu teruk...
Quote ninja boy 15-1-2019 10:16 AM
Penagih dadah patut ditembak mati
Quote eyansss 15-1-2019 10:17 AM
kalau ko taktau dia menagih sebelum kawen, takziah dan semoga ko mintak la cerai cepat2 sebelum jadi mayat...

tapi kalau ko sebenarnya tau sebelum kawen, i have no further comment la ye...  huhuhu...
Quote fushimi 15-1-2019 10:17 AM
kesian ko sis

gatal sangat amal konsep asal berlaki
Quote myakayina 15-1-2019 10:17 AM
nak duit utk beli dadah la tu..elok bini dia tu call je AADK soh tangkap lakinya mcm kawan aku buat..dah selamat ke dalam dah..tapi lakinya bukan jenis pukul2 ni ..sbb lakinya nak beli benda tu dia cari duit sendiri..pegi tempat sampah kutip brg terpakai..baiki laptop or hp..
Quote namr 15-1-2019 10:19 AM
Hadap je la pensil 2b asal berlaki
Quote pokaibanktokyo 15-1-2019 10:40 AM
Ayyoyyyooo
Quote newyork 15-1-2019 10:43 AM
Kenapalah pilih jantan penagih dadah.. haih..
Quote Sasakim 15-1-2019 10:44 AM
alahaiii kesiannya kt bininye
Quote arm_band 15-1-2019 10:56 AM
sekarang masanya kau angkat kaki cepat dekkkk
Quote moonbug 15-1-2019 11:01 AM
Ceraikan saja jantan tak guna itu sister
Quote sapeka 15-1-2019 11:23 AM
tinggal kan saja jantan haprak sebegitu
tak guna disimpan
merugikan dari segala aspek
Quote pavlovachoc 15-1-2019 11:43 AM
kesian nya ... geram aku ngn pendadih ni
Quote SissySembah 15-1-2019 11:48 AM
dah tahu jejan begitu... cerai sahaja lah...
asalkan berlaki ke dik...
tak payah nak sayang2 sgt lah... ujung2 kena sembelih pula..
Quote kaklong32 15-1-2019 12:16 PM
adoi macam2 hal

mintak dijauhkan la lelaki begini
Quote johnlava 15-1-2019 12:25 PM
nak duit tuk apa???

nak pi enjoy dkt klub malam eksklusif ke???



Quote mieymiey 15-1-2019 12:42 PM
Cepat angkat kaki sis.
Jangan nak hadap sangat jantan macamtu.
Nanti sia-sia nyawa melayang.
Quote kakyungpilah85 15-1-2019 01:57 PM
membela penagih mcm ni la nasib yg dapat..xpayah tunggu lama2..baik xyah berlaki dr dapat suami kaki dadah atau kaki pukul ni

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.202707 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top