Britney Spears menyampaikan sebuah perkhabaran sedih untuk peminatnya baru-baru ini apabila mengumumkan di Instagram bahawa pertunjukannya di Vegas 'Britney:Domination' tidak akan berlangsung seperti yang dirancangkan susulan masalah kesihatan ayahnya.
'Amat penting untuk saya mendahulukan keluarga, dan inilah keputusan yang saya terpaksa lakukan' katanya menulis dalam status yang turut memuatnaik sekeping gambar lamanya ketika kecil dengan ibu bapanya. 'Beberapa bulan lalu, ayah saya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana masalah kesihatan, dia hampir meninggal tetapi kami bersyukur dia berjaya diselamatkan, kini saya mahu memberikan tumpuan kepada keluarga dan harap peminat akan memahami keputusan sukar ini,' ulasnya panjang lebar. Sebuah kenyataan rasmi turut memetik bahawa perancangan album baru Britney turut ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan. Bagi sesiapa yang sudah membeli tiket, peminat boleh menuntut wang mereka kembali. Ayah Britney, Jamie dikejarkan ke Hospital Sunrise, Las Vegas dua bulan lepas apabila mengadu masalah usus. Beliau menjalani pembedahan dan rawatan selama 28 hari di hospital sebelum dibenarkan pulang. Britney kini mendedikasikan masa untuk menjaga ayahnya. 'Saya sudah menjalankan latihan berbulan-bulan untuk persembahan Vegas ini dan merasa sangat kecewa kerana terpaksa menangguhkannya, saya berharap peminat memahami dan mendoakan kesihatan ayah saya' kata Britney lagi. Pastinya peminat akan memahami keputusan Britney kerana selama ini ayahnya berperanan penting dalam memulihkan kestabilan hidup Britney sehingga namanya kembali naik. - CARI
|
6
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT