Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dihadiri enam daripada sembilan Sultan di Istana Negara hari ini memutuskan supaya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilantik sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.
Pengumuman itu dimaklumkan sumber terdekat kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, lapor Astro AWANI. Sultan terbabit ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail, Sultan Mizan Zainal Abidin (Sultan Terengganu), Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), Sultan Ibrahim Iskandar (Sultan Johor), Sultan Nazrin Muizzudin Shah (Sultan Perak), dan Sultan Sallehuddin Shah (Sultan Kedah). Difahamkan, mesyuarat juga telah menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Bagaimanapun, butiran lanjut akan dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. - CARI |
10
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
5
Sedih |
9
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT