Warga asing sebabkan bisnes warga tempatan terjeja Salah sebuah gerai makan milik warga Bangladesh yang mendapat kunjungan daripada rakan senegara mereka yang bekerja di sini.
KAMPUNG Baru Sungai Buloh turut tidak terlepas daripada dimonopoli oleh warga asing yang kebanyakannya berasal dari Bangladesh dan Indonesia. Berasa agak terganggu dengan situasi itu, salah seorang penduduk, A Thomas, 60, berkata, kampung itu bukan sekadar dibanjiri oleh mereka, malah ada yang berani membuka premis perniagaan sendiri. "Ternyata tindakan mereka itu memang menjejaskan periuk nasi peniaga tempatan. Apa tidaknya, rakan senegara akan membeli di kedai mereka dan tak akan datang ke kedai kita. Ada orang kita yang sampai gulung tikar dikerjakannya," katanya.
Menurut Thomas, kebanyakan warga Bangladesh di situ dilihat menjalankan perniagaan menjual barangan basah seperti ikan dan sayur selain barangan runcit yang dibawa khas dari negara asal mereka. "Tapi kami percaya kebanyakan stok bekalan makanan yang mereka perolehi adalah daripada pembekal di ibu kota," katanya. Namun apa yang tidak menyenangkan apabila peniaga warga asing ini bertindak mempamerkan papan tanda premis perniagaan dengan menggunakan bahasa ibunda mereka. Hal ini diakui oleh seorang penduduk, Kumaran Devan Marimuthoo, 33, yang melihat mereka bagaikan tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini. “Sudahlah berniaga di negara orang, suka-suka hati pula guna bahasa ibunda bagi menarik pelanggan warga asing di sini,” katanya. Menurut Kumaran, bilangan warga asing di kawasan kampung tersebut dilihat melebihi tiga kali ganda jumlah penduduk asal yang dianggarkan seramai kira-kira 50,000. “Makin lama, jumlah penduduk di sini makin bertambah dan ia seolah-olah tidak mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab,” katanya. Selain itu, Kumaran juga memaklumkan, warga asing di kawasan ini langsung tidak menitikberatkan kebersihan. “Mereka boleh buang sampah sesuka hati di lokasi haram dan ia harus diberi perhatian serius,” katanya. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Sungai Buloh, Hoo Sook Wan memaklumkan bahawa pihaknya pernah beberapa kali memanjangkan permasalahan tersebut kepada MBSA. Menurut Sook Wan, bilangan warga asing yang bertambah saban hari dilihat membimbangkan dan golongan ini dikhuatiri mengambil alih peniagaan penduduk di sini. “Ramai peniaga tempatan yang gulung tikar dan kesempatan ini digunakan oleh warga asing untuk memonopoli kawasan ini,” katanya.
|
6
Bagus |
3
Marah |
29
Terkejut |
23
Sedih |
9
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Singa-Tua posted on 18-9-2013 02:56 PM
botak chinpeng,kalau simbol kemajuan apa?
apakah mimpi???? hahahaha....
Singa-Tua posted on 18-9-2013 03:07 PM
bolehkah botak chimpeng sebutkan contoh produk canggih yang sudah dihasilkan dan sudah dijual?
Acong posted on 18-9-2013 03:21 PM
takziah @BotakChinPeng
dengar kata abu mayat ko tak leh masuk mesia....
airfilterkotor posted on 18-9-2013 06:18 PM
@Acong .... sejak kebelakangan ni suka betul ko bukak topik pasal PATI.
Ada apa-apa kaa?
SUBSIDI = yg untung Indon Bangla & Singapork
ADVERTISEMENT