Polis Los Angeles sedang memburu seorang wanita yang melanggar mati seorang pekerja salon rias kuku dengan sebuah kereta curi kerana enggan membayar bil sebanyak USD35 (RM145).
Sumber polis memberitahu CBS News bahawa Nhu Annie Ngoc Q. Nguyen, 51, seorang ibu dengan tiga anak perempuan cuba menahan pelanggan itu daripada meninggalkan salon kerana kad kreditnya ditolak. Kerana geram, pelanggan itu memandu keretanya dan melenyek mati Nguyen sehingga beberapa meter daripada kedai tersebut. Nguyen mati disebabkan kecederaan serius. Polis mengelaskan kes ini sebagai pembunuhan dan identiti suspek masih lagi belum dikenal pasti. Siasatan polis turut mendapati kereta yang digunakan oleh suspek ditinggalkan di sebuah apartmen usang. Kereta tersebut juga dikatakan kereta sewa yang dilaporkan hilang baru-baru ini. Menurut beberapa saksi, pelanggan wanita tersebut memberitahu Nguyen beliau mahu mengambil duit di keretanya selepas kad kreditnya ditolak. Selepas ditahan, wanita itu cuba melarikan diri dan dihalang oleh Nguyen. Bagaimanapun, tiba-tiba dia menghalakan keretanya ke arah Nguyen dan melenyeknya sehingga beberapa meter daripada kawasan kedai. Rakan-rakan Nguyen kini memulakan sebuah laman GoFundMe untuk mengutip derma bagi keluarganya. "Beliau seorang yang rajin, bekerja keras, 12-14 jam sehari, 7 jam seminggu untuk perbelanjaan tiga anak gadisnya di universiti. Tetapi, nasibnya berakhir dengan malang," kata salah seorang sahabatnya. Semoga pembunuh itu dapat ditangkap dan diberi hukuman sewajarnya. - CARI
|
11
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
DARSITA replied at 3-1-2019 10:34 AM
Mati yang sia sia.
PAdahal bukan banyak mana pun. Boleh jer ambil no plate dan report polis.
DARSITA replied at 3-1-2019 10:34 AM
Mati yang sia sia.
PAdahal bukan banyak mana pun. Boleh jer ambil no plate dan report polis.
miszclassique replied at 2-1-2019 07:04 PM
Dia pun tak sangka orang tu nak langgar dia macam tu sekali..mana boleh salahkan mangsa
iols paham ...
DARSITA replied at 3-1-2019 11:13 AM
Itu kedai dia & her boy friend lah.
Dia pergi berpaut pada kereta orang tu siapa suruh?
Beliau seorang yang rajin, bekerja keras, 12-14 jam sehari, 7 jam seminggu
kasibiman replied at 2-1-2019 09:36 PM
Dah tentu nigger punya keje.
DARSITA replied at 3-1-2019 10:34 AM
Mati yang sia sia.
PAdahal bukan banyak mana pun. Boleh jer ambil no plate dan report polis.
DARSITA replied at 3-1-2019 01:40 PM
Nope. White.
zorrro_03 replied at 3-1-2019 06:34 AM
mungkin arwah anggap penjenayah tidak akan sanggup lakukan kejam pada tahap tersebut.
gigahertz replied at 3-1-2019 06:09 PM
aku tak boleh baca berita2 gini.kalau aku keje kat kedai salon.nanti org dtg rebonding aku mati
minguk replied at 3-1-2019 11:18 AM
demi usd35, nyawa tergadai.
tkziah
ADVERTISEMENT