UMNO bakal membuka Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) kepada orang awam untuk dijadikan sebagai tempat penginapan komersial sama ada untuk bercuti atau aktiviti membina semangat dan mengukuhkan pasukan sebelum akhir Mac 2019.
Menurut The Malaysian Insight seperti dipetik Astro AWANI, langkah itu ekoran masalah kewangan dihadapi UMNO selepas kehilangan kuasa. Difahamkan, pusat latihan UMNO di Janda Baik itu kini di bawah pengurusan Putrade Property Management Sdn Bhd (Putrade) yang turut menguruskan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Menara Dato Onn yang menempatkan ibu pejabat parti. “Kami baru ambil alih, mungkin pengubahsuaian semula ambil masa beberapa bulan sebelum boleh dibuka kepada umum. Kita jangkakan siap pada Mac nanti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Putrade, Shamsul Kamar Ahmad seperti dipetik daripada The Malaysian Insight.
ILMU sebelum ini menjadi tempat eksklusif parti itu bagi tujuan pengkaderan dan latihan perang saraf UMNO serta program tertutup berkaitan parti akan dibuka kepada orang ramai sebagai resort. “Selama ini UMNO menguruskan sendiri ILMU. Sekarang Putrade ambil alih untuk diuruskan secara komersial. Cadangan untuk dijadikan resort dan pusat latihan sesuai untuk diadakan mesyuarat, persidangan dan hari keluarga. “Di sini sesuai kerana ada pelbagai jenis bilik seperti rumah tiga bilik, bilik-bilik dan bilik asrama. Budak sekolah atau pelajar universiti juga boleh datang untuk ambil bahagian dalam aktiviti seperti bina semangat,” tambahnya. - CARI
|
11
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
8
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
roy3 replied at 29-12-2018 09:43 AM
Kursus berdemo haritu katne
ADVERTISEMENT