CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Buta Selepas Telur Dimasak Dalam Ketuhar Gelombang Mikro Meletup

31-12-2018 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3913| Komen: 16

Description: Padah memasak telur menggunakan ketuhar gelombang mikro, seorang remaja mengalami buta sementara di mata kirinya apabila telur itu tiba-tiba 'meletup' dan terkena wajahnya.
Padah memasak telur menggunakan ketuhar gelombang mikro, seorang remaja mengalami buta sementara di mata kirinya apabila telur itu tiba-tiba 'meletup' dan terkena wajahnya.




Mirror melaporkan, ketika kejadian, Courtney Wood, 19, sedang menyediakan sarapan dan memutuskan untuk memasak telur di dalam ketuhar.

Ia bukan kali pertama gadis itu melakukannya, namun kali ini nasibnya malang apabila telur itu meletup ketika dia mengeluarkannya dari ketuhar berkenaan menyebabkan wajahnya melecur.



"Saya masukkan sebiji telur ke dalam jag dengan sedikit air sebelum memasaknya selama satu minit di dalam ketuhar gelombang mikro seperti yang saya selalu lakukan sebelum ini.

"Namun, ketuhar itu tidak berbunyi selepas seminit sudah berlalu," katanya yang kemudian meletakkan telur itu di tepi sementara dia menyiapkan makanan lain.

Bagaimanapun, sebaik dia berpaling, telur itu meletup dan menyebabkan mukanya melecur.



Courtney kemudian menjerit kesakitan dan cuba untuk mencuci wajahnya dengan air paip sebelum memanggil rakannya kerana tidak tahan menanggung rasa sakit.

Rakannya kemudian menghubungi talian kecemasan sebelum Courtney dikejarkan ke hospital sebaik ambulans tiba.



Doktor memberi jaminan bahawa kecederaannya tidak serius walaupun kedua-dua korneanya tercalar dan meyakinkan gadis itu, kerosakan matanya tidak kekal.

Menurut Courtney, penglihatannya kembali dalam masa 48 jam, namun dia masih tidak dapat melihat dengan jelas menerusi mata kirinya.


Kredit foto: Mirror

Gadis itu diberitahu doktor bahawa matanya akan mengambil masa seminggu atau mungkin lebih lama untuk pulih sepenuhnya. - CARI
15

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
11

Sedih
12

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CharlesDera 31-12-2018 11:16 AM
macam frankenstein ja...wakakakakakkakaka
Quote minguk 31-12-2018 11:43 AM
kenapa tak macam umur 19 je? ke kisah pengalaman dia 20 tahun lepas?
Quote rosasen 31-12-2018 02:22 PM
benda biasa buat pn boleh jd luar biasa ek...menakutkan
Quote Alais 31-12-2018 02:33 PM

dulu pernah rebus telur
bunyi macam meletup
rupanya telur busuk
Quote anakkerengga 31-12-2018 02:43 PM
Mn blh rebus mcm tu dlm microvawe..mmg lah meletup
Quote ad_hoc79 31-12-2018 04:00 PM
ooo xboleh rebus telur dlm microwave eh
baru nak buat minggu lepas tapi xjadi
Quote namirulmukminin 31-12-2018 04:11 PM
anakkerengga replied at 31-12-2018 02:43 PM
Mn blh rebus mcm tu dlm microvawe..mmg lah meletup

Hahahaha.. aku dah penah kena... habis besepai telur tu dlm microwave.. sib baik meletup kat dlm tu.. Kalu meletup kat luar, jadi la mcm pompuan ni..
Quote tom2 1-1-2019 07:56 AM
banyak2 la baca ensiklopedia ye. mane boleh masak telur tertutup dalam microwave. huhu
Quote nuryakmal 1-1-2019 08:03 AM
iols salahkn 5 mins craft , tasty etc . dlm video diy selalu ada telur scramble msk dlm microwave. always makes u wanted to try. tp xde disclaimer. brp tinggi heat yg diperlukan
Quote Beautifulliar. 1-1-2019 08:55 AM
namirulmukminin replied at 31-12-2018 04:11 PM
Hahahaha.. aku dah penah kena... habis besepai telur tu dlm microwave.. sib baik meletup kat dlm t ...

Meols pnh buat dlu sbb nk cepat.mls nk rebus guna dapur gas sbb lmbat.Mmg bersepai telur dlm tu ahah hanyir gila microwave tu sudahnye xleh mkn telur tu.
Quote slyfynx 1-1-2019 09:05 AM
Tajuk misleading.
Buta sementara je tu
Quote uda 1-1-2019 09:23 AM
Memang akan meletup if masak dengan kulit2nya sekali.
Kalau nak masak, kena pecahkan telur tersebut.
I ada beli bekas microwave untuk masak telur sebiji2 tetapi telur tu kena buatkan lubang sikit supaya nanti boleh keluarkan pressure bila dimicrowavekan.
Quote dua_chzy 1-1-2019 09:58 AM
minguk replied at 31-12-2018 11:43 AM
kenapa tak macam umur 19 je? ke kisah pengalaman dia 20 tahun lepas?

Biasala remaja kokesen spisis muka kertu.
Quote dua_chzy 1-1-2019 10:00 AM
nuryakmal replied at 1-1-2019 08:03 AM
iols salahkn 5 mins craft , tasty etc . dlm video diy selalu ada telur scramble msk dlm microwave. a ...

Scrambled egg ok la kot masak dalam microwave. Ni seketul telur masuk cenggitu jah memang mendapat sangat.
Quote Sharifah180175 1-1-2019 10:09 AM
Ada kwn. Goreng telur. Telur tu meletup letup dlm kuali. Terkena mata hitam. Lama2 jadi sakit mata bernanah. Kena kanser. Melarat jadi kanser tulang. Meninggal. Anak 3 kecik2. Fobia nk goreng telur yg meletup2.
Quote nuryakmal 1-1-2019 10:19 AM
dua_chzy replied at 1-1-2019 10:00 AM
Scrambled egg ok la kot masak dalam microwave. Ni seketul telur masuk cenggitu jah memang mendapat ...

meletop jugak dlm mv den. nasib baik dlm mv

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.078827 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top