CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahana Dadah Paling Berbahaya Di Dunia Yang Digelar 'Nafas Syaitan'

31-12-2018 01:04 PM| Diterbitkan: Ambiossa| Dilihat: 3716| Komen: 6

Description: Bahana dadah paling berbahaya di dunia yang digelar 'Nafas Syaitan'
Mayat ahli akademik Turki, Prof. Dr. Ramazan Gencay, yang dilaporkan hilang di bandar Medellin, Columbia sejak 6 Disember lalu, telah ditemui mati pada 24 Disember lalu di tebing sebuah sungai bandar berkenaan.

Ramazan disyaki telah diberi minuman atau makanan mengandungi scopolamine, satu dadah yang menjadikan seseorang itu tidak berupaya bergerak, dan digunakan secara meluas oleh golongan pencuri di Colombia.

Gambar: Hurriyet Daily News

Scopolamine, yang juga dikenali sebagai 'Nafas Syaitan' atau burandanga, dikatakan sebagai 'dadah paling berbahaya di dunia'.

Ramazan telah ke Columbia pada 28 November lalu untuk menghadiri beberapa seminar di Pusat Penyelidikam Ekonomi dan Kewangan di Universiti EAFIT, Medellin.

Kali terakhir dia dirakam oleh kamera CCTV adalah 6 Disember kira-kira jam 10.30 malam bersama sekumpulan orang yang tidak dikenali di sebuah kelab salsa di Medellin.

Barangan peribadi dan pasport Ramazan telah ditemui di bilik hotelnya tetapi dilaporkan bahawa kad kredit miliknya telah digunakan pada 7 hingga 8 Disember.

Oleh itu, diharapkan semua orang agar berhati-hati jika ke luar negara terutama ke kawasan-kawasan hotspot seperti Columbia.

Sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini dan mengikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan negara-negara terlibat. - CARI 

16

Bagus
21

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 31-12-2018 02:20 PM
Oh i thought flaka yang most dahsyat.
Quote fff_cat 31-12-2018 05:47 PM
Huh... Inilah pokok tepi jalan masuk umah jiran aku. Beracun rupanya pokok ni.
Quote RatuDunia94 31-12-2018 10:09 PM
Kenapa eja Golombia jd Columbia?

Marah ummah Colombia..

Cuba org eja Mulaysia
Quote Dwdrum 31-12-2018 10:38 PM
Urban legend betul devils breath ini .... dahulu mereka guna untuk curi organ ....
Quote slyfynx 31-12-2018 10:50 PM
Klik sini

Snopes kate urban legend je mende ni
Quote dua_chzy 31-12-2018 10:53 PM
Nilai moral yang boleh dipelajari : Jangan clubbing sembarangan dengan orang tidak dikenali?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051243 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top