Presiden Persatuan India Malaysia mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman. Memetik Sinar Harian, M Manimaran, 38, membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
Manimaran dikatakan menghalang tugas penjawat awam, Inspektor Mohammad Nazmi Zulkafli, Sarjan Mohamad Faiz Abdul Rahim dan Korporal Ahmad Zamzam Mat. Tertuduh juga mengaku tidak bersalah terbabit merusuh bersama 50 lagi yang masih bebas menghalang laluan kereta peronda polis untuk keluar dari kawasan kuil dan mendatangkan kecederaan parah terhadap orang awam, Sulaiman Abdullah.
Mengikut pertuduhan kes, dia melakukan kesalahan itu di hadapan kuil berkenaan pada jam 12.30 tengah hari dan 1.30 petang pada 26 Disember lalu. Manimaran didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 147 dan Seksyen 325 kanun sama. Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan RM10,000 sebagai jaminan, namun peguam yang mewakili tertuduh memohon jaminan lebih rendah. Bagaimanapun, Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM18,000 dengan seorang penjamin. Manimaran juga diperintahkan untuk melapor diri ke balai setiap bulan selain pasportnya ditahan di mahkamah sehingga kes selesai. - CARI
|
10
Bagus |
10
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT