CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 2

Presiden Persatuan India Malaysia Mengaku Tak Bersalah

[Copy link]
Post time 24-12-2018 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Presiden Persatuan India Malaysia mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman.


Memetik Sinar Harian, M Manimaran, 38, membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.


Manimaran dikatakan menghalang tugas penjawat awam, Inspektor Mohammad Nazmi Zulkafli, Sarjan Mohamad Faiz Abdul Rahim dan Korporal Ahmad Zamzam Mat.




Kredit foto: Sinar Harian




Tertuduh juga mengaku tidak bersalah terbabit merusuh bersama 50 lagi yang masih bebas menghalang laluan kereta peronda polis untuk keluar dari kawasan kuil dan mendatangkan kecederaan parah terhadap orang awam, Sulaiman Abdullah.


Mengikut pertuduhan kes, dia melakukan kesalahan itu di hadapan kuil berkenaan pada jam 12.30 tengah hari dan 1.30 petang pada 26 Disember lalu.


Manimaran didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 147 dan Seksyen 325 kanun sama.


Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan RM10,000 sebagai jaminan, namun peguam yang mewakili tertuduh memohon jaminan lebih rendah.


Bagaimanapun, Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM18,000 dengan seorang penjamin.


Manimaran juga diperintahkan untuk melapor diri ke balai setiap bulan selain pasportnya ditahan di mahkamah sehingga kes selesai. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2018 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Amekaw
Lagi tinggi dia letak
Rm18k blh dpt beg designer high high end sebijik
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan main dia minta rendah tapi dapat hampir sekali ganda lagi tinggu {:good
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064281 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list