CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Ifa Raziah Suntik Plasenta & Rawatan Ozon

18-9-2013 03:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11147| Komen: 52

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon, penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah. Biarpun tidak sepopular beberapa artis terkenal Malaysia, namun kehadiran Ifa masih disedari peminat industri tempatan.
       
Tolak ke tepi beberapa kontroversi yang pernah melanda Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, sebelum ini, kerana Ifa telah membuktikan dia bukannya artis yang hanya berbekalkan kisah-kisah kontroversi buat peminat.
       
Justeru tidak hairanlah jika Ifa menjadi antara artis yang bertahan hampir 20 tahun lamanya dalam industri.


       
Tidak hanya bakat yang menjadi taruhan, Ifa juga turut membuktikan dia antara selebriti yang masih mempunyai tubuh menarik dan rupa yang cantik biarpun telah menjadi ibu kepada dua anak iaitu Sharifah Putri Umairah, 14 dan Muhammad Shakir Aqili Mohd. Yani, 8 tahun.
       
Ifa turut mengakui sanggup membelanjakan sejumlah wang setiap bulan demi kesihatan dan kecantikan. Ikuti cerita Ifa.
       
       
Apa pengertian cantik bagi anda?
       
IFA : Bagi saya kecantikan adalah satu perkara yang subjektif kerana ia bukan melibatkan para rupa tetapi perangai, tutur kata, cara berpakaian juga kena cantik. Kalau muka cantik tetapi perangai tidak, itu bukan cantik namanya.
       
       
Pada usia hampir mencecah 40 tahun, anda kelihatan masih hebat...
       
IFA : Alhamdulillah dengan kesihatan yang Allah berikan. Namun sebagai selebriti, saya amat menitikberatkan penjagaan tubuh dan wajah. Apatah lagi, bila menjadi selebriti, badan kita tidak boleh gemuk kerana tidak cantik apabila di lihat dalam televisyen. Saya pula badan seperti belon, senang kembang, apatah lagi bila sudah berumur, metabolisme badan mula berkurangan.
       
       
Jadi apa yang anda lakukan untuk menjaga kelangsingan?
       
IFA : Saya kini mengambil kelas Zumba dari Isnin hingga Jumaat selama satu jam untuk mengurangkan berat badan dan menjaga stamina. Selain itu juga, saya tidak amalkan memakan nasi dan hanya makan makanan seperti ayam, ikan atau daging yang dipanggang, kukus atau rebus. Saya juga gemar memakan salad dan buah seperti jambu batu dan epal hijau serta minum air kosong yang banyak bagi memastikan berat badan saya tidak naik.
       
       
Sebelum ini anda tidak pernah berahsia mengenai suntikan untuk kekal cantik, adakah anda masih meneruskannya?
       
IFA : Ya, tetapi bukan suntikan seperti botox dan saya tidak pernah mengambil botox. Sebaliknya saya mengambil suntikan plasenta biri-biri untuk kecantikan kulit setiap tiga bulan sekali dan turut melakukan rawatan ozon bagi membersihkan darah kotor.
       
       
Boleh jelaskan dengan lebih lanjut mengenai rawatan tersebut?
       
IFA : Boleh dikatakan sebulan atau dua bulan sekali saya akan membuat rawatan Ozon bagi membersihkan darah kotor dalam badan. Badan kita ini juga diibaratkan seperti kereta yang perlu di selenggara, apabila kita makan bermacam-macam, jadi banyak toksik dalam badan. Justeru saya buat rawatan ini lima atau enam kali setahun bagi memastikan badan kita mempunyai darah baru yang sihat.
       
       
Selain suntikan dan rawatan ozon, adakah anda mengamalkan petua lain?
       
IFA : Ya, setiap pagi, saya akan mengambil beberapa suplemen terutamanya vitamin bagi memastikan badan sentiasa segar. Selain itu ia juga membantu saya menjaga kesihatan rambut, kuku. Suplemen ini bukan baru saya ambil, sebaliknya dari muda lagi.
       
       
Anda sangat menitik berat tentang kecantikan dan kesihatan, boleh kongsikan berapa kos keseluruhan kecantikan dan kesihatan?
       
IFA : Saya akan menghabiskan kira-kira RM2,000 sebulan untuk kecantikan, manakala kos untuk suntikan sheep placenta pula adalah RM2,000 dan untuk rawatan ozon kira-kira RM1,500.
       
       
Apa aktiviti yang gemar anda lakukan?
       
IFA : Saya suka bercuti atau beriadah bersama keluarga. Selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, aktiviti tersebut dapat juga menjadikan badan kita lebih sihat kerana kita banyak bergerak dan melakukan aktiviti.
       
       
Boleh kongsikan perkembangan terkini?
       
IFA : Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem Suami Muda untuk siaran RTM. Saya memegang watak utama di samping, aktor Dazrin Kamarudin.
       
       
       
        Profil:
       
        Nama : Ifa Raziah
        Nama Sebenar : Saripah Raziah Mustapha
        Asal : Kedah
        Pencapaian : MUZIK MUZIK (Separuh Akhir – Lagu : PANAS (2009)
                            HITS 1 – Akhir Lagu : PANAS


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nashrudean 7-9-2013 10:40 AM
biasa je..agak2 kalu dia x amalka smua regim kecantikan tu,mungkin beliau akan kelihatan tua spt nenek...ye lah dh habis beibu pon masih sama je muka ngan org sebaya beliau...xde la spektakular sgt.
Quote batman_2007 7-9-2013 10:50 AM
Ozon bagai tp percapaian tahap nk sedut udara tak lepas.
Quote ira_229 7-9-2013 10:52 AM
serius!38 aku ingat da nk dkt 50.kenapa aku tengok wlaupun da buat rawatan n kurus nmpk tua..betul kata org kecantikan terpancar drp dalam..
Quote MegiTomyam 7-9-2013 11:16 AM
Tak lawa pun.
Quote shanshero 7-9-2013 11:30 AM
Jadi bulat macam bola. Kalau tak ambik
Jadi kecut macam sayur
Quote mrs.uzair 7-9-2013 11:31 AM
She try too hard Tapi still nmpk biasa. Nmpk plastic.
Quote akakbosan 7-9-2013 11:33 AM
mrs.uzair posted on 7-9-2013 11:31 AM
She try too hard  Tapi still nmpk biasa. Nmpk plastic.

Akak setujewwww dengan uols. Grow old gracefully la ... ya dak?
Quote mrs.uzair 7-9-2013 11:37 AM
akakbosan posted on 7-9-2013 11:33 AM
Akak setujewwww dengan uols. Grow old gracefully la ... ya dak?

Indeed... akak bosan :-) what to say? Betul lah tu dia ckp kecantikan tu subjective, bg dia muka plastic tu cantik, lol!
Quote zamzam 7-9-2013 11:59 AM
sheep placenta tu halal ke?
Quote MamaMima711 7-9-2013 12:04 PM
Ntah la..kdg2 org yg brsungguh2 nk nampak cantik ni,x seberapa pun brbanding yg aging gracefully.
Quote cikatilia 7-9-2013 12:05 PM
what??
dia baru 38??

huhu
aku ingat dia dah dekat 50

so.. regime plasenta and ozon tu menuakan la kan


Quote bird77 7-9-2013 12:10 PM
Kt pasaran dh byk jual sheep placenta ni dlm btk pil,rega dlm rm200-300 sekotak.teringin nk amik tp xyakin so i olls kol jakim tnye,dorang xadvised sbb placenta tu diambik dr biri2 luar ngara yg blom tntu sembelih atau tak hukumnya haram.. If gune seolah kita gune najis...wallahualam
Quote mitnick 7-9-2013 12:18 PM
rawatan ozon tue camne? bersihkan darah n kuarkan toksin?
pastu sheep placenta yg dicucuk pon kuar skali ke?
Quote sueism 7-9-2013 12:21 PM
cucuk lah apa pun janji happy
Quote catwoman91 7-9-2013 12:26 PM
untunglah bnyak duit boleh buat macam2 prosedur
Quote encikWawad 7-9-2013 01:13 PM
ira_229 posted on 7-9-2013 10:52 AM
serius!38 aku ingat da nk dkt 50.kenapa aku tengok wlaupun da buat rawatan n kurus nmpk tua..betul k ...

yup - memang betul tu - biarpun orang kata lame whatever tapi betul
real beauty terpancar dari dalam - takde la nampak magnificient sangat epa rajiah ni
kalau umur 38 dengan 2k sebulan tu - leh nampak 25ish - then berbaloi la


Quote miss_qasehs 7-9-2013 01:17 PM
cucuk mcm2 tp xnmpk muda gak...mbazir je
Quote little_sis 7-9-2013 01:25 PM
tua mengejar kita... rawatan ni semua kesannya sementara jer... akhirnya tetap tua dan berkedut jua..
Quote CocoRocha 7-9-2013 02:06 PM
xde side effect ke cucuk bagai nie?

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.045435 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top