CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Sam Nak Jadi Bilionair!

18-9-2013 03:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6427| Komen: 31

Rasanya belum terlambat SS nak ucapkan ‘Happy Belated Birthday’ kepada pelakon kacak paling popular Shaheizy Sam.

Anak bujang pelakon Khaty Fauziah itu menyambut hari jadinya yang ke-31 pada 4 September lalu dan pada hari berkenaan kebetulan rakan SS berjumpa Sam di pejabat MIG, di Petaling Jaya.



Dalam pertemuan itu, rakan SS sempat berta-nya Sam apakah impian atau ‘special wish’ yang terlintas di hatinya sempena ulang tahun kali ini. Tanpa berfikir lama, Sam terus berkata dia teringin nak jadi bilionair!

Wah... terkedu sekejap rakan SS mendengar impian Sam itu. Memang hebat bukan? Bagaimanapun, SS tidak terkejut kerana SS yakin tiada yang mustahil dalam dunia ini kerana setiap cita-cita dan angan-angan manusia itu boleh menjadi kenyataan kalau ia dibajai dengan usaha.

Secara logiknya, kalau Sam teringin hendak jadi seorang bilionair, tentulah ketika ini dia sudah pun menjadi jutawan. SS tak terkejut kerana Sam memang antara artis Malaysia yang paling laris ketika ini dan dia juga sudah bergerak menjadi seorang produser bersama kakaknya, Zizie Ezette.

SS difahamkan, SS sudah pun membeli rumah sendiri, kereta dan bermacam lagi aset semuanya daripada bakat dan hasil titik peluh-nya sendiri. Selain itu, Sam mula berminat menceburi dan melabur dalam bidang hartanah untuk mengukuh-kan lagi aset dan dananya.  

Malah, kata rakan SS lagi, Sam ada idolanya sendiri dalam bidang perniagaan. Dia tidak lain daripada Donald Trump, tokoh perniagaan tersohor di dunia. Trump adalah Pengerusi Donald Trump Organization selain mengasaskan Trump Entertainment Resorts.

Bagi SS, apa yang diimpikan Sam itu tidak mustahil dicapai jika dia terus berusaha dengan gigih daripada sekarang kerana usianya pun masih muda. SS suka berkongsi impian Sam itu kerana ia boleh membakar semangat kepada anak-anak muda lain yang ingin menceburi bidang seni dan perniagaan.

Apa yang penting, kita janganlah bersikap boros pada usia muda, banyak menabung dan melabur. Selain itu, kekalkan sikap merendah diri dan membayar zakat. Insya-Allah harta kita akan menjadi lebih subur.

Rakan SS juga sempat usik Sam, rumah dan kereta sudah pun dibeli. Namun bila pula Sam hendak membawa masuk isteri ke dalam rumahnya yang cantik itu?

Tentu ibunya, Mummy Khaty akan lebih gembira kalau Sam bertemu jodoh dengan gadis yang baik untuk menjaga dirinya agar lebih sempurna. SS sebenar-nya sangat berbangga de-ngan pencapaian Sam dan harap-harap dia akan terus berjaya dalam hidupnya.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mitnick 10-9-2013 05:57 PM
billionair? tue either keturunan kaya atau buat bisnes yg untung ganda2
Quote ira_229 10-9-2013 06:15 PM

billionair?? klu dalam matawang indonesia rupiah bolehlah..tapi tak mustahil klu kerja keras..siang malang kerja..kerja..kerja..tanpa henti
OT..teringat kawan aku kerja kat butik ternama di ION Orchard..dia ckap minggu lepas ada ibu indonesia beli jamtangan berharga 1 juta lebih SGD..
wow..!!mcm nak keluar mata aku bila dia bercerita..dia confuse dgn 000 dibelakang kot..apa2 pun kawan aku kenyang sebab dia dpt incentive..
Quote jerukkedondong 10-9-2013 06:19 PM
gud luck mommies boy...
Quote bungalisa 10-9-2013 06:36 PM
Harusla jadi bilionaire.... kalu x.. camno nak pikat pajurah!!!!!
Quote pinkaddict 10-9-2013 06:39 PM
Sekarang dah jutawan lah tu..
Quote redz85 10-9-2013 07:11 PM
happy belated birthday? SS kalau ada masa lapang elok pergi belajar bahasa english dari tulis berita merapu
Quote redz85 10-9-2013 07:11 PM
semoga impian sam tercapai.. amiin
Quote AdamBillionaire 10-9-2013 07:13 PM
lepas ni boleh lah gantikan datuk K>..
Quote redz85 10-9-2013 07:14 PM
AdamBillionaire posted on 10-9-2013 07:13 PM
lepas ni boleh lah gantikan datuk K>..

kau dah ada rival
Quote faiz-za 10-9-2013 07:15 PM
kalau dah jadi billionare, comfirm missfake suka
ye lah..nak jadi tuan puteri macam banyak halangan je kan :lol
Quote AdamBillionaire 10-9-2013 07:24 PM
redz85 posted on 10-9-2013 07:14 PM
kau dah ada rival

rival ? tu nickname aku je lah.. aku jual goreng pisang.. ne boleh jd billionaire masalahnye aku suka spaggeti, tp jual pisang?
Quote nordin84 10-9-2013 07:30 PM
sam2..mati matian ko keje sbb fake.fake mne pandang org misekin ni
jgn nanti die dpt sambung ngan kekasih lame ko kene tinggal terkulat2
Quote masnona 10-9-2013 07:43 PM
semoga tercapai
Quote misskitty 10-9-2013 08:36 PM
konpem da jutawan... hihi
Quote munchkin 10-9-2013 08:59 PM
selamat maju jaya kepada Sam. doakan yg terbaik
Quote tomet05 11-9-2013 07:05 AM
semoga tercapai lah ye
Quote ikinbest 11-9-2013 07:37 AM
insyaallah.. Berkat doa n restu mummy..
Quote ayu_malaya 11-9-2013 07:50 AM
Sy pun nak jadi billionaire gak ... Moga berjaya, Sam
Quote farahfatihah 11-9-2013 07:52 AM
pasni leh la pinang fakezura hahaha

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.394182 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top