CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekolah Somalia Di Gombak

18-9-2013 01:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10308| Komen: 134

Description: Jika Pasar Borong Selayang Dijadikan Perkampungan Warga Myanmar, Gombak Pula Menjadi Pilihan Pelarian Warga Somalia.


JIKA pasar borong Selayang dijadikan perkampungan warga Myanmar, Gombak pula menjadi pilihan pelarian warga Somalia.

Di Pangsapuri Melati Impian contohnya, difahamkan sebanyak 35 daripada 130 unit telah diduduki pelarian Somalia ini sejak ia dibuka kira-kira sembilan tahun lalu.

Kemasukan warga Somalia di kawasan perumahan itu dipercayai didalangi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang sebelum ini pernah bekerja di situ.

Walaupun tidak bekerja, mereka mampu membayar sewa di antara RM1,200 sehingga RM1,800 sebulan berbanding kadar biasa dikenakan warga tempatan.

Hal itu menyebabkan pemilik lebih gemar menyewakan rumah mereka kepada orang luar berbanding warga tempatan tanpa memikirkan kesannya.

Mereka beragama Islam, tidak mabuk, tidak mengadakan parti di rumah namun yang menjadi masalah kepada warga tempatan adalah perbezaan budaya terutamanya kebersihan dan disiplin.

Seorang penduduk, Zurina Dzulkifli, 48, berkata, dia dan suami bagaimanapun mengamalkan sikap tegas dengan anak-anak Somalia ini.

“Anak-anak Somalia faham Bahasa Melayu maka tidak menjadi masalah komunikasi dan akan menegur mereka sekiranya mereka membuat salah seperti membuat bising serta berkeliaran pada lewat malam dan bermain lif.

“Pemikiran mereka terkebelakang sepuluh tahun dari rakyat Malaysia dan teguran bukan kerana benci sebaliknya lebih kepada mendidik serta mahu mereka memahami budaya Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia berharap supaya pihak yang memperjuangkan hak asasi terutamanya NGO mengambil perhatian dan menempatkan mereka di kawasan yang berasingan dengan warga tempatan.

“Mereka kini semakin berani apabila mula membuka sekolah dalam kawasan perumahan kami dan tidak mengikuti waktu cuti umum Malaysia.

“Kami berharap supaya tuan rumah yang menyewakan unit masing-masing lebih bertanggungjawab dan mengambil tahu keadaan rumah serta jangan membebankan penduduk lain untuk keuntungan sendiri,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri, Mohd Saifudin Bahrudin berkata, pihaknya tidak mampu mengawal jumlah kemasukan warga Somalia di kawasan itu kerana keputusan penyewaan lebih kepada pemilik.

Bagaimanapun menurutnya, beliau ada menyediakan notis mengharapkan kerjasama daripada pemilik supaya lebih mengutamakan sewaan kepada warga tempatan berbanding warga luar.

Selain itu katanya, beliau turut mempunyai senarai setiap unit rumah yang diduduki warga Somalia ini untuk tujuan semakan.

Katanya, beliau berharap supaya pihak UNCHR dan imigresen dapat membuat pemantauan berkala untuk memastikan jangkamasa yang ditetapkan kepada setiap daripada mereka dipatuhi.

“Di peringkat permulaan mereka memaklumkan masuk ke Malaysia atas tiket pelajar, bagaimanapun hairan apabila kanak-kanak dan warga emas turut dibawa bersama.

“Kami mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan warga emas kerana mereka tidak suka bergaul dan lebih gemar membuat hal masing-masing manakala anak-anaknya aktif berkeliaran di kawasan rumah,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 18-9-2013 01:03 PM
oh Malaysia ku... kemana2 aku pergi wajah2 asing makin membiak
Quote dauswq 18-9-2013 01:17 PM
aku suka sgt makanan somalia sms aku duduk kt US dulu...

dtg malaysia, carik2 gak the same cuisine with same taste, tp tak jumpe lah...
Quote the_killer 18-9-2013 01:19 PM
dauswq posted on 18-9-2013 01:17 PM
aku suka sgt makanan somalia sms aku duduk kt US dulu...

dtg malaysia, carik2 gak the same cuis ...

masakan somalia pe? kambing 3 rasa?
Quote FlowerGirl 18-9-2013 01:26 PM
"pemikiran mrk 10 thn terkebelakang"??statement bongok apa tu?
anak2 somalia suka buat bising dn main lif ko dh cop pemikiran kebelakang.
abis ko ingat anak2 malaysia ni semua brdisiplin ke apa?
Quote dauswq 18-9-2013 01:30 PM
the_killer posted on 18-9-2013 01:19 PM
masakan somalia pe? kambing 3 rasa?

grilled goat cubes with somali rices (bariis)

pernah cuba satu kt unitern, tp tak sedap
Quote saladin780 18-9-2013 01:32 PM
FlowerGirl posted on 18-9-2013 01:26 PM
"pemikiran mrk 10 thn terkebelakang"??statement bongok apa tu?
anak2 somalia suka buat bising dn ma ...

bodohnya statement, mcm la maju sangat dan pembersih orang2 malaysia ni kan?
aku suka je org somalia berbanding black dari nigeria ke ape, dorg ni soft spoken, baik, kebanyakannya islam dan alim plak tu, dorang datang malaysia kebanyakan nak belajar betul2 bukannya nak buat taik cam nigerians
Quote saladin780 18-9-2013 01:34 PM
memahami budaya malaysia - ikut perangai macik2 flat yang kepochi suka mengumpat ramai2 kat bawah rumah
Quote FlowerGirl 18-9-2013 01:35 PM
saladin780 posted on 18-9-2013 01:32 PM
bodohnya statement, mcm la maju sangat dan pembersih orang2 malaysia ni kan?
aku suka je org soma ...

betul....depa x busy body pasal org lain,buat hal sendiri tp x buat masalah.anak2 nakal tu biasalah.anak2 somalia ni lasak.dh cr idup diaorg mcm tu
Quote AnBulisia 18-9-2013 01:41 PM
oo kiranya somalia tu balck yang baiklah ye?
ok ok... welcome to malaysia ye
Quote dauswq 18-9-2013 01:42 PM
saladin780 posted on 18-9-2013 01:32 PM
bodohnya statement, mcm la maju sangat dan pembersih orang2 malaysia ni kan?
aku suka je org soma ...

tp klu bw baka lanun somalia tu, camne uols?



Quote shernazz 18-9-2013 01:43 PM
orang somalia neh ade buang sampah terus ke bawah dari tingkat atas mcm org mesia PPRT tak?
Quote realgurlz81 18-9-2013 01:50 PM
org somalia tak kacau org,  yang buat hal adalah black dr nigeria
Quote saladin780 18-9-2013 01:51 PM
dauswq posted on 18-9-2013 01:42 PM
tp klu bw baka lanun somalia tu, camne uols?

baka lanun tu mana sampai sini la hehe

x de sape2 teringin anak angkat somalia ke..kot2 nanti besar boleh jadi top model  mcm iman ke, tyra banks ke
Quote jazaa 18-9-2013 01:56 PM
dauswq posted on 18-9-2013 01:17 PM
aku suka sgt makanan somalia sms aku duduk kt US dulu...

dtg malaysia, carik2 gak the same cuis ...

Sedap ke daus?.....
Quote dauswq 18-9-2013 01:59 PM
jazaa posted on 18-9-2013 01:56 PM
Sedap ke daus?.....

my peren yg pertama kali dtg US pun kate masih teringat lagi makanan tu...


Quote jazaa 18-9-2013 02:00 PM
AnBulisia posted on 18-9-2013 01:41 PM
oo kiranya somalia tu balck yang baiklah ye?
ok ok... welcome to malaysia ye

Aku ingat yg kulit hitam je.....mesti org aprika.....
Patutle selalu nampak depa gi masjid bila solat jemaat.....rupa dorang pun tak de lah gerun sgt & tak hitam berkilat mcm miss nigga tu.....

Klu mcm tu, tak pe lah.....blh je dok msia.....



Quote jazaa 18-9-2013 02:01 PM
saladin780 posted on 18-9-2013 01:51 PM
baka lanun tu mana sampai sini la hehe

x de sape2 teringin anak angkat somalia ke..kot2 nanti ...

Chomel tak?......



Quote gogo2 18-9-2013 02:03 PM
Bukan dah jadi Bumiputera kah?

Dulu ada org Myammar kat sekolah menengah aku. Siap ada status bumi.
Quote saladin780 18-9-2013 02:15 PM
jazaa posted on 18-9-2013 02:01 PM
Chomel tak?......

comel je..tp ramai melayu x nak kot..melayu suka yang putih2 je..

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.408099 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top