Bila bercerita mengenai sebarang isu bersangkut paut dengan keluarga diraja Britain, pasti kita menjangkakan protokol dan peraturan ketat.
Begitu juga dengan sambutan Hari Natal atau Krismas di mana Ratu Elizabeth, 92, mempunyai tiga peraturan ketat apabila keluarga diraja itu membuka hadiah pada Malam Krismas. Memetik Mirror, tradisi yang telah ditetapkan berpuluh tahun lalu itu turut 'mewajibkan' setiap ahli keluarga menyediakan barangan lucu atau jenaka sebagai hadiah Krismas.
Apa saja yang tidak dimiliki keluarga diraja? Mereka sudah memiliki segalanya. Jadi, mereka memerlukan sesuatu yang berlainan. Barulah lebih meriah, kan? Difahamkan, ahli keluarga akan berkumpul seawal jam 6 petang pada hari sebelum Krismas (Christmas Eve) untuk membuka hadiah di dalam bilik tamu di Sandringham. Pada petang itu, setiap ahli keluarga perlu menyelinap masuk ke dalam bilik berkenaan dan meletakkan hadiah mereka tanpa disedari sesiapa. Peraturannya adalah: 1. Tiada siapa boleh membuka hadiah sebelum mendapat kebenaran daripada Putera Philip yang mengawasi proses membuka hadiah. 2. Setiap hadiah mestilah barangan yang melucukan sebagai jenaka. 3. Lebih murah hadiah itu, lebih bagus! Antara hadiah paling tidak boleh dilupakan adalah topi mandi dengan kapsyen "Ain't life a bitch" yang diberikan Putera Harry kepada Queen E. Nakal ya, Harry! Hadiah diterima Harry daripada Duchess of Cambridge, Kate Middleton juga tidak kurang hebatnya. Kate yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Harry memberikannya boneka Grow Your Own Girlfriend yang boleh membesar hingga enam kali saiz asal sebelum Duke of Sussex itu dating dengan Meghan Markle. Manakala, Puteri Anne pernah memberi tempat duduk tandas kulit putih kepada Putera Charles yang kini sering dibawanya ketika melakukan siri lawatan ke luar negara. Keluarga Diraja Britain juga memiliki beberapa tradisi Krismas unik termasuk memberi 1,500 puding Krismas kepada kakitangan istana dan mengenakan tema 'Black Tie' pada makan malam keluarga. Queen E juga menegaskan bahawa hiasan Krismas tidak boleh dikemas sebelum dia meninggalkan Sandringham. Bagaimana agaknya sambutan Krismas keluarga diraja kegemaran ramai pada tahun ini ya? - CARI
|
9
Bagus |
13
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
8
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus ...
CiliPadiSedap replied at 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus ...
CiliPadiSedap replied at 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus ...
CiliPadiSedap replied at 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus ...
kucingitam replied at 7-12-2018 11:49 AM
tak suka betoi kalau org bagi bebudak gula2, coklat semua..
especially yang bagi kat budak kecik2 ...
hotmak replied at 7-12-2018 10:07 AM
ada tgk instafamous tu, family dia buat tradisi tukar hadiah pagi raya, best jgk, hadiah nya pun t ...
jazaa100 replied at 7-12-2018 01:53 PM
Bagus lah kauu....
Aku pn tak suka klu org bg doorgift ada coklat & gula gula..
ADVERTISEMENT