View: 2241|Reply: 12
|
3 Peraturan Queen E Ketika Buka Hadiah Krismas, Lebih Murah Lebih Bagus!
[Copy link]
|
|
Bila bercerita mengenai sebarang isu bersangkut paut dengan keluarga diraja Britain, pasti kita menjangkakan protokol dan peraturan ketat.
Begitu juga dengan sambutan Hari Natal atau Krismas di mana Ratu Elizabeth, 92, mempunyai tiga peraturan ketat apabila keluarga diraja itu membuka hadiah pada Malam Krismas.
Kredit foto: Mirror/Getty Images
Memetik Mirror, tradisi yang telah ditetapkan berpuluh tahun lalu itu turut 'mewajibkan' setiap ahli keluarga menyediakan barangan lucu atau jenaka sebagai hadiah Krismas.
Apa saja yang tidak dimiliki keluarga diraja? Mereka sudah memiliki segalanya. Jadi, mereka memerlukan sesuatu yang berlainan. Barulah lebih meriah, kan?
Difahamkan, ahli keluarga akan berkumpul seawal jam 6 petang pada hari sebelum Krismas (Christmas Eve) untuk membuka hadiah di dalam bilik tamu di Sandringham.
Kredit foto: TBK
Pada petang itu, setiap ahli keluarga perlu menyelinap masuk ke dalam bilik berkenaan dan meletakkan hadiah mereka tanpa disedari sesiapa.
Peraturannya adalah:
1. Tiada siapa boleh membuka hadiah sebelum mendapat kebenaran daripada Putera Philip yang mengawasi proses membuka hadiah.
2. Setiap hadiah mestilah barangan yang melucukan sebagai jenaka.
3. Lebih murah hadiah itu, lebih bagus!
Antara hadiah paling tidak boleh dilupakan adalah topi mandi dengan kapsyen "Ain't life a bitch" yang diberikan Putera Harry kepada Queen E. Nakal ya, Harry!
Kredit foto: The Sun/Getty Images
Hadiah diterima Harry daripada Duchess of Cambridge, Kate Middleton juga tidak kurang hebatnya. Kate yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Harry memberikannya boneka Grow Your Own Girlfriend yang boleh membesar hingga enam kali saiz asal sebelum Duke of Sussex itu dating dengan Meghan Markle.
Kredit foto: The Sun
Manakala, Puteri Anne pernah memberi tempat duduk tandas kulit putih kepada Putera Charles yang kini sering dibawanya ketika melakukan siri lawatan ke luar negara.
Keluarga Diraja Britain juga memiliki beberapa tradisi Krismas unik termasuk memberi 1,500 puding Krismas kepada kakitangan istana dan mengenakan tema 'Black Tie' pada makan malam keluarga.
Queen E juga menegaskan bahawa hiasan Krismas tidak boleh dikemas sebelum dia meninggalkan Sandringham.
Bagaimana agaknya sambutan Krismas keluarga diraja kegemaran ramai pada tahun ini ya? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhh..sambut Raya pun kena ikut protokol{:question{:question |
|
|
|
|
|
|
|
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus buat salji dan naik van rusa turun kt malaysia.. kalau hari raya dapat hadiah kan best?? Budak2 bg coklat gula2.. masa kaka raya kt russia bukan serambi moscow budak2 sana raya dapat coklat gula2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu sesama dorg bg hadiah lucah merepek2 boleh plak ek klu si meghan tu x ikut protokol sikit terus menggelupur satu istana. |
|
|
|
|
|
|
|
jenuh fikir hadiah yg kelakar ni, dahlah tiap tahun rutin sama
|
|
|
|
|
|
|
|
ada tgk instafamous tu, family dia buat tradisi tukar hadiah pagi raya, best jgk, hadiah nya pun takde mahal2 biasa2 je yg penting bagi
|
|
|
|
|
|
|
|
tak suka betoi kalau org bagi bebudak gula2, coklat semua..
especially yang bagi kat budak kecik2 ni..
coklat/gula2 pula yg jenis color2, china/thialand mari punya...aiyyoo...halal ke idok?
|
|
|
|
|
|
|
|
ok gak bagi gula2.... lagi budget
manja sgt dah bebudak sekarang RM1 tak pandang
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus ...
Iya lah tu.....
Klu dulu, suka lah bebudak dpt coklat & gula gula...skrg tak de pandang nya....
Salah gaya kau kena balut ipad & iphone.... |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 7-12-2018 11:49 AM
tak suka betoi kalau org bagi bebudak gula2, coklat semua..
especially yang bagi kat budak kecik2 ...
Bagus lah kauu....
Aku pn tak suka klu org bg doorgift ada coklat & gula gula..
Biskut timbang tu semua.
.takut tak halal |
|
|
|
|
|
|
|
Drama apa plk akan timbul masa Krismas nanti? Tah2 Meghan tak join... |
|
|
|
|
|
|
|
hotmak replied at 7-12-2018 10:07 AM
ada tgk instafamous tu, family dia buat tradisi tukar hadiah pagi raya, best jgk, hadiah nya pun t ...
Ok tunggu kaka jadi instafamous nanti kaka raya handbag letak atas kepala mohon viralkan sambil bagi hadiah |
|
|
|
|
|
|
|
yerla..pi bagi kat budak, kita lak kena hadap anak punya rengek nak makan juga.
haihla..dr bagi gula2 pe sume, bagi je la duit singgit kat bebudak..lebih kurang je kosnya dgn gift gegula tu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|