CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Black: Kenapa Tanya Tentang Status Isteri Saya?

18-9-2013 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 44603| Komen: 278

Black: Kenapa Tanya Tentang Status Isteri Saya?



KUALA LUMPUR, 17 SEPT 2013: Anak didik penyanyi dangdut Mas Idayu, Black Hanifah, 26, berasa pelik dan hairan tatkala diajukan soalan tentang status isterinya yang dikhabarkan seorang janda sebelum gadis pilihan hatinya itu disahkan menjadi isterinya pada 13 September lepas.

"Kenapa nak tanya soalan begini kepada saya? Soalan ini tidak masuk akal langsunglah. Isteri saya bukanlah seperti yang dikhabarkan," ujar Black ketika dihubungi murai.com.my petang tadi.

Dalam pada itu, Black juga ingin memperbetulkan tanggapan masyarakat yang mengatakan bahawa isterinya iaitu Naquia Yasirah atau Cira adalah anak saudara kepada pelakon Datin Paduka Umie Aida.

"Saya nak betulkan sedikit kenyataan media. Cira bukanlah anak saudara kepada Umie Aida tetapi dia adalah anak saudara kepada suami Datin Paduka Umie Aida iaitu Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan.

"Umie telah hadir ke majlis resepsi sebelah perempuan pada malam 13 September bersama suaminya. Dari awal lagi, saya pun sudah dimaklumkan bahawa dia tidak akan hadir pada majlis resepsi keesokan harinya kerana dia sibuk.

"Saya tidak kisah perkara tersebut kerana saya lebih mementingkan keluarga terdekat yang hadir. Apapun, saya bersyukur segalanya berjalan lancar," jelas Black yang bercuti dari nyanyian sehingga penghujung September ini.

Mengulas mengenai destinasi bulan madu, Black masih lagi mempunyai pilihan yang pasti. Sebaliknya, selepas majlis yang diadakan selama tiga hari berturut itu, Black bakal ke Langkawi untuk berehat saja dan bukannya berbulan madu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 17-9-2013 04:25 PM
tetiba nampak mcm tua dr jagung rebus lak muka wife si jagung rebus ni ekekeke
Quote Dadadi 17-9-2013 04:29 PM
Ooo janda ke bini dia...
Bjar kt overseas kn....
Quote ayu_malaya 17-9-2013 04:32 PM
Tahniah Black ... Moga kekal bahagia sehingga ke syurga.
Mas Idayu datang tak majlis diorang ni?

Tak ke mane pun kalau suka menipu ni ...
cuma saya heran, tak penat ke nak berterusan menipu ni.
hidup takkan amannye ...
Quote sweetsugar 17-9-2013 04:34 PM
laaa.. freehair ke wife dia ni?
Quote momomikomiki 17-9-2013 04:37 PM
Mengulas mengenai destinasi bulan madu, Black masih lagi mempunyai pilihan yang pasti. Sebaliknya, selepas majlis yang diadakan selama tiga hari berturut itu, Black bakal ke Langkawi untuk berehat saja dan bukannya berbulan madu.

apa beza pi berehat dgn honeymoon?

Quote nurfariezza 17-9-2013 04:40 PM
azie.dz posted on 17-9-2013 04:25 PM
tetiba nampak mcm tua dr jagung rebus lak muka wife si jagung rebus ni ekekeke

bkn bini dia mmg tua ke..tua 2 thun kn dr black..
Quote nurfariezza 17-9-2013 04:42 PM
momomikomiki posted on 17-9-2013 04:37 PM
Mengulas mengenai destinasi bulan madu, Black masih lagi mempunyai pilihan yang pasti. Sebaliknya, s ...

honeymoon 2 depa dok pulun wt anak kot..

yg p lgkawi ni nk rest kot...charge energy dlu..
Quote whadda 17-9-2013 04:42 PM
momomikomiki posted on 17-9-2013 04:37 PM
Mengulas mengenai destinasi bulan madu, Black masih lagi mempunyai pilihan yang pasti. Sebaliknya, s ...

aku pon sampai repeat 2 kali bace ayat yg ko bold kan tuh... ape ke beza... mengong...
Quote tapibukanaku 17-9-2013 04:42 PM
entah2 black pun tak sedar dipropakan...

Quote manehnya 17-9-2013 04:46 PM
janda pun meleTOP x per

janji bukan bini orang
Quote momomikomiki 17-9-2013 04:47 PM
nurfariezza posted on 17-9-2013 04:42 PM
honeymoon 2 depa dok pulun wt anak kot..

yg p lgkawi ni nk rest kot...charge energy dlu.. :shut ...

hahahaha...

maybe la kot pada dia honeymoon kena pi obersea..kalau sekadar dlm malaysia ni dia panggil berehat jer.

Quote nallepooh 17-9-2013 04:48 PM
mcm2 gossip pasal bini Black...
Quote mea 17-9-2013 04:48 PM
achik2009 posted on 17-9-2013 04:21 PM
Black: Kenapa Tanya Tentang Status Isteri Saya?

"Saya nak betulkan sedikit kenyataan media. Cira bukanlah anak saudara kepada Umie Aida tetapi dia adalah anak saudara kepada suami Datin Paduka Umie Aida iaitu Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan.


mcm bongkak skit bunyi nyer yer...
Quote azalia72 17-9-2013 04:48 PM
"Umie telah hadir ke majlis resepsi sebelah perempuan pada malam 13 September bersama suaminya. Dari awal lagi, saya pun sudah dimaklumkan bahawa dia tidak akan hadir pada majlis resepsi keesokan harinya kerana dia sibuk.

"Saya tidak kisah perkara tersebut kerana saya lebih mementingkan keluarga terdekat yang hadir. Apapun, saya bersyukur segalanya berjalan lancar," jelas Black yang bercuti dari nyanyian sehingga penghujung September ini."


Hallamak aiiii... perlu ke kluar statement camni
Quote miawpink 17-9-2013 04:51 PM
menangis black baca kisah dia
dr zaman bercinta sampai ke nikah


gelak semula baca benang ni
amtu kopek
Quote nurfariezza 17-9-2013 04:54 PM
momomikomiki posted on 17-9-2013 04:47 PM
hahahaha...

maybe la kot pada dia honeymoon kena pi obersea..kalau sekadar dlm malaysia ni dia  ...

kan..layan kn jela si black ni..
pas kwen mcm over plak...

Quote azalia72 17-9-2013 04:54 PM
whadda posted on 17-9-2013 04:42 PM
aku pon sampai repeat 2 kali bace ayat yg ko bold kan tuh... ape ke beza... mengong...

hehehe kalau 4 kali baca....pemahaman ayat tu adalah seperti dibawah

hanimun? langkawi? eh aper kelas...
paling cekai pun bali okeh


Quote achik2009 17-9-2013 04:56 PM
miawpink posted on 17-9-2013 04:51 PM
menangis black baca kisah dia
dr zaman bercinta sampai ke nikah




Quote miawpink 17-9-2013 04:57 PM
black patut ckp mcm ni?
isteri sy janda?
bia la sy je tau status isteri sy
yang penting bukan isteri orang

sambil buat muka bangga x amik isteri orang

Lihat semua komen(278)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.327156 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top