CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belasah Wanita Dengan Topi Keledar Hanya Kerana Sombong

28-11-2018 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3622| Komen: 18

Seorang lelaki bukan saja menuduh seorang wanita sombong, malah dia turut memukul mangsa berusia 55 tahun itu dengan topi keledar dalam kejadian 10.15 malam, kelmarin.

Tindakannya itu bagaimanapun mengundang padah apabila polis menahannya di Padang Serai, Kulim, awal pagi tadi, lapor Harian Metro.


Gambar Hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, ketika kejadian mangsa sedang meracun rumput di tepi jalan Kampung Ujung, Padang Serai selepas diupah adik suspek.

Namun, suspek berusia 53 tahun itu kemudian datang dan bertanya siapa mengarahkan mangsa meracun rumput di situ sebelum berlaku perselisihan faham.

“Malah, suspek yang tidak berpuas hati menuduh mangsa sombong, lalu memukulnya dengan topi keledar di kepala dan tangan kiri menyebabkan dia mengalami bengkak di kepala dan pergelangan tangan kiri.

“Siasatan mendapati, suspek pernah mengugut mangsa supaya tidak mengacau kawasannya pada bulan lalu dan turut memukulnya sebelum melarikan diri,” katanya.

Polis menahan suspek jam 4 pagi tadi di rumahnya di Kampung Hujung Padang susulan menerima laporan daripada mangsa.

Suspek yang mengaku terbabit dalam kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - CARI
8

Bagus
16

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 28-11-2018 10:53 AM
tak paham i ayat reputs ni..
Quote Artemesiaa 28-11-2018 10:58 AM
Kalau tak puas hati cakap jer ler ni sampai menghelmetkan orang bagai kan dan mendapat
Quote duri_durians 28-11-2018 11:06 AM
dah tua pun bodoh...
Quote buapakperut 28-11-2018 11:43 AM
pempuan umur 55 meracun rumput ke. iols pun tak berapa paham karangan ini
Quote meklalala 28-11-2018 12:22 PM
perempuan. 55 tahum. racun rumput?. wahhh hebat makcik ni tua tua pun kuat..semoga cepat sembuh ya makcik
Quote bro_kr 28-11-2018 12:58 PM
Edited by bro_kr at 28-11-2018 01:01 PM
prettyuglybabe replied at 28-11-2018 10:53 AM
tak paham i ayat reputs ni..


Ringkasan cerita (based on my fahaman)

Mangsa, perempuan 55 tahun, sedang meracun rumput kat tepi jalan yg katanya 'kawasan jajahan suspek' atas permintaan adik suspek.

Suspek, lelaki 53 tahun, yg juga kerja dia meracun, tak puas hati sebab mangsa dah masuk 'kawasan jajahan' dia, walaupun suspek dah pernah kasi amaran dulu2 jangan masuk kacau kawasan dia. Tapi mangsa tak takut amaran suspek. Apa lak main kawasan-kawasan ni.. ada job wa buat.

Suspek turun dan sound mangsa, mamgsa jawab balik. Jadi gaduh mulut.

Suspek kalah mulut agaknya... Terus pukul mangsa dgn helmet.

Kemungkinan, suspek ni jenis orang yg tidak disukai ramai. Sebab adik sendiri pun tak mau bagi kerja kat dia. Mungkin charge mahal sebab dia conquer kawasan. Atau jenis panas baran kuat cari gaduh.

Quote prettyuglybabe 28-11-2018 01:10 PM
bro_kr replied at 28-11-2018 12:58 PM
Ringkasan cerita (based on my fahaman)

Mangsa, perempuan 55 tahun, sedang meracun rumput kat  ...

oooo... kiranya pasal berebut kawasan la ni..
Quote kasibiman 28-11-2018 01:30 PM
Kawasan jubor dia dah adik dia upah mangsa utk meracun.

Dasar jantan sial. Pemalas lettew.
Quote Hanukkah.2Dec18 28-11-2018 01:36 PM
Patut sebut.   Alhamdulillah ya nama kamu sombong
Quote EvieWanKenobi 28-11-2018 04:25 PM
ntah bila masa pulak jadi kawasan dia..
suka2 je pukul orang..
Quote AznieBunnie 28-11-2018 04:56 PM
bro_kr replied at 28-11-2018 12:58 PM
Ringkasan cerita (based on my fahaman)

Mangsa, perempuan 55 tahun, sedang meracun rumput kat  ...

wah... saya faham cerita ini.
terima kasih.
Quote Jorja 28-11-2018 09:40 PM
Dah pukul orang terus lari. Nak kata pgecut pun bukan juga taktau apa kata sifat yg sesuai
Quote bangcak 29-11-2018 10:11 AM
saspek mungkin seorang aktivis alam sekitar.
heol sayang nak melukakan rumput2 belukar di laman rumahnya.

adik saspek secara diam2 upah mangsa dengan pesanan
"kalu abg i marah, uol buat dekk je. anggap mcm heol takde. teruskan je racun semak tu, k."

saspek yg naik angin tgk taman flora alam semulajadi laman heol dimusnahkan pon
terus bertindak umpama perusuh kuil.
Quote dodolgemok 29-11-2018 10:21 AM
Kalau sebab sombong, ramai dah macai yg dodol nak hempok pala jua. Harap dikobulkan. Amen
Quote aHoi83 29-11-2018 10:29 AM
Suka2 je hempok kepala org. Perempuan plak tu. Elok laki ni diracun je . Hidop pun taguna
Quote lee~ann 29-11-2018 10:42 AM
mangsa perempuan, umur 55 tahun, meracun rumput pukul 10.05 mlm. ada gak org meracun rumput malam2 yer?
Quote AshkieLa 29-11-2018 11:34 AM
lee~ann replied at 29-11-2018 10:42 AM
mangsa perempuan, umur 55 tahun, meracun rumput pukul 10.05 mlm. ada gak org meracun rumput malam2 y ...

kan... ke "rumput" tu boleh buat air tebu..
adik heols tahu ape yg ditanam.. tu yg upah org lain meracun memalam... takkan laa kerana rumput boleh pukul ngan helmet?

tapi berani gaklaa makcik tu racun memalam.. pakcik meols potong semak kat belakang rumah kampung dia kat pilah nun
siang2 buta tengah mesin tu pun tetibe tegak ular senduk depan mata... mujur parang panjang ade kat pinggang.. terus tebas kepala ular tu.

Quote lee~ann 29-11-2018 11:41 AM
AshkieLa replied at 29-11-2018 11:34 AM
kan... ke "rumput" tu boleh buat air tebu..
adik heols tahu ape yg ditanam.. tu yg upah org lai ...

itu yg buat tertnya2 tu. meracun malam2 kan gelap, kawasan bersemak pulak tu. mcm yg uols ckp pasal ular tu, siang hari boleh la nmpk. kalau mlm, gelap, tau2 dah kena patuk jer.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.163801 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top