CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau Gimik, Saya Tak Tolak Tawaran Lima Angka - Altimet

28-11-2018 02:54 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 5088| Komen: 24|Original author: Oleh: Ain

Description: "Kalau gimik, tak mungkin saya tolak beberapa tawaran persembahan. Sejujurnya, bersempena malam tahun baru saja, saya dapat lima tawaran."
"Kalau gimik, tak mungkin saya tolak beberapa tawaran persembahan. Sejujurnya, bersempena malam tahun baru saja, saya dapat lima tawaran."


Penyanyi rap Altimet nekad meninggalkan karier nyanyian walaupun ditawarkan persembahan dengan bayaran tinggi.


Kredit foto: Sinar Harian

"Kerana saya seorang yang 'degil' dan nak tetap dengan pendirian saya, saya tolak walaupun bayaran untuk setiap persembahan itu ada yang mencecah lima angka," katanya.

Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 40, bagaimanapun berkata, konsert pada Februari depan akan menjadi persembahan terakhirnya.

"Selepas ini, tidak akan ada lagi album mahu pun persembahan daripada saya melainkan di acara konsert terakhir pada Februari depan," katanya kepada Harian Metro.

Malah, lagu Bunga nyanyiannya yang layak bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) akan digantikan dengan penyanyi rap lain.

Namun, Altimet tidak menyebut siapa penyanyi itu, sebaliknya hanya memberi bayangan ia akan dinyanyikan artis berkumpulan dan meminta peminat bersabar menantikan iklan promosi acara muzik tahunan berprestij tempatan itu.

Bagaimanapun, Altimet akan meneruskan kerja belakang tabir seperti mencipta lagu dan menulis lirik untuk artis lain.


Kredit foto: MalaysiaKini

Sementara itu, MalaysiaKini melaporkan jika ada pihak ingin mendesak Altimet mengubah keputusannya, mereka perlu memujuk ibunya.

“Kalau ada pihak nak saya menyanyi, mereka kena pujuk ibu saya. Bukan saya kerana ibu yang menyarankan saya mengundur diri sebagai rapper," katanya.

Semalam, Altimet melancarkan album terakhirnya berjudul 'O' di mana single pertama daripada album berkenaan menampilkan kolaborasi bersama penerbit dan komposer, Cuurley. 

Semoga Altimet sukses selalu dalam apa jua diusahakannya selepas ini. - CARI
15

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firaaz 28-11-2018 02:57 PM
rapper acah2 anak mak pulak dah
Quote buapakperut 28-11-2018 02:58 PM
kalau tu, diam2 sudeyyyyy... kalau gimik pun orang tak heran kerna kamu sendooo
Quote buapakperut 28-11-2018 02:59 PM
Firaaz: rapper acah2 anak mak pulak dah

ibu pun tak tahan sebenarnya ibu ajar rapping tak pandai2
Quote ayiebest06 28-11-2018 03:01 PM
hahaha lima angka konon
Quote disneyrecess 28-11-2018 03:02 PM
ritu ckp nak diam tak berkutik, tiba2 kuar statement. bodo lahai...
kalu nak diam, diam jelahhh.. senyap cm malique, ni x.. pum pang sana sini
Quote cha-cha 28-11-2018 03:11 PM
Poyo macam sohai jugak kau ni. Siapa lahhh yang sibuk dok pujuk2 dia ni. Rapping pun mcm amatur.
Quote saviour_09 28-11-2018 03:30 PM
acah2 nak follow malique
diam2 berisi

but still ko tak boleh nak stop bagi statement yadayadayada

Quote asmara_me 28-11-2018 03:30 PM
one of the rapper yang sebutan jelas, aku suka dia rap, perangai acah camni je aku tak suka haha
Quote anarina 28-11-2018 03:59 PM
Blahhh je la ko ni
Quote giyomi 28-11-2018 05:50 PM
sapa lah banggang sangat nak pujuk ko tu.
Quote ipanimanz1 28-11-2018 08:17 PM
kahkahkahakahkahkah....
Quote lilagrace 28-11-2018 08:20 PM
Tak habis2. Kejap2 kate bsara tp still buat statement. Poyo
Quote debab76 28-11-2018 09:17 PM
ganti billy zurkanain khuen. tak zabar
Quote Orix 29-11-2018 12:23 AM
Iols suka suara heols dalam Waze. Itu je nk ckp. Pasal nak bersara emmm who r yusss.
Quote ayjay 29-11-2018 12:50 AM
ayiebest06: hahaha lima angka konon



Kaaaan? Hahahaha siapalah nak bayar dia 5 angka melainkan lima angka macam ni RM300.00
Quote eyansss 29-11-2018 12:54 AM
nanti awal 2019, dia start rapping lagi sambil cakap : pihak tersebut berjaya pujuk ibu saya...  saya kembali kerana ibu saya...
Quote whadda 29-11-2018 09:22 AM
owhh.. dah 40 ke umurnye.. elok la undurkan diri.. bawak2 diri ke masjid
Quote alien88 29-11-2018 09:26 AM
iolls suka dgr dia rap sebab jelas dengar butir perkataan & xcepat penat macam Joe tu
tp bab bersara tu byk kali dah dengar
Quote Iema5008 29-11-2018 09:42 AM
X bkesan pun kalau hang ada ka xdak.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050449 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top