View: 2637|Reply: 18
|
Belasah Wanita Dengan Topi Keledar Hanya Kerana Sombong
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki bukan saja menuduh seorang wanita sombong, malah dia turut memukul mangsa berusia 55 tahun itu dengan topi keledar dalam kejadian 10.15 malam, kelmarin.
Tindakannya itu bagaimanapun mengundang padah apabila polis menahannya di Padang Serai, Kulim, awal pagi tadi, lapor Harian Metro.
Gambar Hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, ketika kejadian mangsa sedang meracun rumput di tepi jalan Kampung Ujung, Padang Serai selepas diupah adik suspek.
Namun, suspek berusia 53 tahun itu kemudian datang dan bertanya siapa mengarahkan mangsa meracun rumput di situ sebelum berlaku perselisihan faham.
“Malah, suspek yang tidak berpuas hati menuduh mangsa sombong, lalu memukulnya dengan topi keledar di kepala dan tangan kiri menyebabkan dia mengalami bengkak di kepala dan pergelangan tangan kiri.
“Siasatan mendapati, suspek pernah mengugut mangsa supaya tidak mengacau kawasannya pada bulan lalu dan turut memukulnya sebelum melarikan diri,” katanya.
Polis menahan suspek jam 4 pagi tadi di rumahnya di Kampung Hujung Padang susulan menerima laporan daripada mangsa.
Suspek yang mengaku terbabit dalam kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tak paham i ayat reputs ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak puas hati cakap jer ler ni sampai menghelmetkan orang bagai kan dan mendapat |
|
|
|
|
|
|
|
pempuan umur 55 meracun rumput ke. iols pun tak berapa paham karangan ini |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan. 55 tahum. racun rumput?. wahhh hebat makcik ni tua tua pun kuat..semoga cepat sembuh ya makcik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bro_kr at 28-11-2018 01:01 PM
prettyuglybabe replied at 28-11-2018 10:53 AM
tak paham i ayat reputs ni..
Ringkasan cerita (based on my fahaman)
Mangsa, perempuan 55 tahun, sedang meracun rumput kat tepi jalan yg katanya 'kawasan jajahan suspek' atas permintaan adik suspek.
Suspek, lelaki 53 tahun, yg juga kerja dia meracun, tak puas hati sebab mangsa dah masuk 'kawasan jajahan' dia, walaupun suspek dah pernah kasi amaran dulu2 jangan masuk kacau kawasan dia. Tapi mangsa tak takut amaran suspek. Apa lak main kawasan-kawasan ni.. ada job wa buat.
Suspek turun dan sound mangsa, mamgsa jawab balik. Jadi gaduh mulut.
Suspek kalah mulut agaknya... Terus pukul mangsa dgn helmet.
Kemungkinan, suspek ni jenis orang yg tidak disukai ramai. Sebab adik sendiri pun tak mau bagi kerja kat dia. Mungkin charge mahal sebab dia conquer kawasan. Atau jenis panas baran kuat cari gaduh.
|
|
|
|
|
|
|
|
oooo... kiranya pasal berebut kawasan la ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan jubor dia dah adik dia upah mangsa utk meracun.
Dasar jantan sial. Pemalas lettew. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut sebut. Alhamdulillah ya nama kamu sombong |
|
|
|
|
|
|
|
ntah bila masa pulak jadi kawasan dia..
suka2 je pukul orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah... saya faham cerita ini.
terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah pukul orang terus lari. Nak kata pgecut pun bukan juga taktau apa kata sifat yg sesuai |
|
|
|
|
|
|
|
saspek mungkin seorang aktivis alam sekitar.
heol sayang nak melukakan rumput2 belukar di laman rumahnya.
adik saspek secara diam2 upah mangsa dengan pesanan
"kalu abg i marah, uol buat dekk je. anggap mcm heol takde. teruskan je racun semak tu, k."
saspek yg naik angin tgk taman flora alam semulajadi laman heol dimusnahkan pon
terus bertindak umpama perusuh kuil. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sebab sombong, ramai dah macai yg dodol nak hempok pala jua. Harap dikobulkan. Amen |
|
|
|
|
|
|
|
Suka2 je hempok kepala org. Perempuan plak tu. Elok laki ni diracun je . Hidop pun taguna |
|
|
|
|
|
|
|
mangsa perempuan, umur 55 tahun, meracun rumput pukul 10.05 mlm. ada gak org meracun rumput malam2 yer? |
|
|
|
|
|
|
|
kan... ke "rumput" tu boleh buat air tebu..
adik heols tahu ape yg ditanam.. tu yg upah org lain meracun memalam... takkan laa kerana rumput boleh pukul ngan helmet?
tapi berani gaklaa makcik tu racun memalam.. pakcik meols potong semak kat belakang rumah kampung dia kat pilah nun
siang2 buta tengah mesin tu pun tetibe tegak ular senduk depan mata... mujur parang panjang ade kat pinggang.. terus tebas kepala ular tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
itu yg buat tertnya2 tu. meracun malam2 kan gelap, kawasan bersemak pulak tu. mcm yg uols ckp pasal ular tu, siang hari boleh la nmpk. kalau mlm, gelap, tau2 dah kena patuk jer.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|