Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dilaporkan membunuh diri selepas pulang dari sekolah. BBC melaporkan, mangsa sempat mengirimkan pesanan ringkas kepada ibunya, Nicky Harlow sebelum terjun sungai.
"Saya sayang ibu, tapi saya minta maaf," katanya. Difahamkan, mayat Ursula Keogh ditemui tiga jam selepas bas sekolah menurunkannya berhampiran sebuah jambatan sungai pada 22 Januari. Mayatnya ditemui dua kilometer dari tempat dia diturunkan. Selain laporan bedah siasat, bukti juga menunjukkan mangsa berniat membunuh diri sendiri. Hasil siasatan juga mendapati ibu bapanya sudah berpisah.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian Ursula diturunkan berhampiran North Bridge, Halifax, United Kingdom sebelum orang awam menemui beg sekolah dan telefon bimbitnya di atas jambatan berkenaan. Nicky yang menerima pesanan ringkas daripada Ursula membuat laporan kehilangan anaknya sebelum mayat mangsa ditemui di Hebble Brook. Lewat tahun lalu, Nicky mendakwa dia bimbang kesihatan mental anaknya dan membawa Ursula bertemu kaunselor. Bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan kanak-kanak itu menjadi mangsa buli di sekolah. Dalam kenyataan ibunya, Ursula dikatakan seorang pelajar yang bijak dan bercita-cita menjadi seorang guru. - CARI
|
14
Bagus |
18
Marah |
12
Terkejut |
21
Sedih |
13
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AsMalaysia replied at 17-11-2018 02:48 PM
baru ni ada satu movie lakonan John Cho bertajuk Searching. Dia cari anak dia hilang.
lepas tu dia ...
AsMalaysia replied at 17-11-2018 02:48 PM
baru ni ada satu movie lakonan John Cho bertajuk Searching. Dia cari anak dia hilang.
lepas tu dia ...
ADVERTISEMENT